Saturday, July 10, 2010

Emosi okay!

Mmmmh, susahnya nk buat keputusan. Kadang-kadang kita rasa ape yg kita buat tu memang betul. Tapi betul ke keputusan yang kita ambik tu??

Bila perkara-perkara yang melibatkan hati dan perasaan ni, aku memang kalah. Aku ni jenis ikut emosi sikit. Aku rasa akal dan minda aku kurang berfungsi la bila part-part cmni. Dan kadang-kadang bila bagi nasihat pun aku rasa aku ni lebih kepada emosi, bukan mengikut kewarasan akal fikiran.

So percayalah aku ni bukan Dr Love yang boleh memberi macam-macam nasihat kepada orang-orang yang bercinta. Sebab aku sendiri pun ada masalah yang tak pernah berjaya aku selesaikan walaupun dh bertahun-tahun. Aku sendiri pun kurang faham apa masalah aku ni. Nak kata masalah besar, aku rasa tak pulak. Tapi bende ni macam tak settle jugak sampai sekarang. Aku pun dh malas nk fikir.

Owhhhh.. Tu mmg selalu aku cakap. Aku MALAS nk fikir. Aku nk ikut je flow. Tapi sampai bila?? Flow mana yang aku nk ikut pun aku tak tau..

Aku selalu cakap kat orang lain "Aku paham ape yang ko rasa. Kalo aku pun aku buat cmtu"

Okay, tu kadang-kadang aku tipu. Tu semua jawapan dari emosi aku, bukan jawapan dari akal fikiran aku yang waras. Tapi kalo letakkan aku kt situasi tu, macam aku cakap tadi, emosi aku mesti menang. Mesti aku ikut cakap emosi, bukan akal fikiran. Ye akal fikiran, ko memang selalu kalah. Sangat kalah.

Tapi keputusan yang salah tu la selalu aku nk ikut. Aku dh tau bende tu salah, tapi aku nk jugak buat. Sampai kadang-kadang aku rasa betapa bodohnye aku sebab terlalu mengikut emosi aku. Tapi aku rasa tu memang lumrah manusia kot. Lumrah seorang perempuan. Sebab itu la Allah mengurniakan kaum Hawa dengan satu sahaja akal, tetapi ade sembilan nafsu.



Okay, cukup-cukup la emo tu..


Masa menaip perenggan yang kat atas tu saya memang tengah emo. Macam biasa la, semua sebab terlampau mengikut emosi. Tapi kejap je emosi tu dapat menguasai saya sebab akal saya dh kembali boleh berfikir dengan waras.

Sebab ape akal boleh menang pulak ni???

Saya rasa kan sebab tu la Allah mengurniakan plak kaum Adam dengan sembilan akal dan satu nafsu. Sebab mereka diciptakan untuk memimpin kaum Hawa yang terlebih nafsu emosi ni,hehehe.. Sapa yang paham boleh la angkat tangan. Kalo malu nk angkat tangan, kalo korang tersenyum masa membaca ni, sah-sah la kamu tu paham apa yang aku dok merapu ni.

Kalo tak paham jugak, takpe jangan risau tak penting pun sampai masuk exam ke ape. Cukup la kalo sekadar korang paham yang perempuan ni memang penuh dengan emosi.

Conclusion utk hari ini. Perempuan memang selalu ikut emosi bila buat keputusan,hehehehe.

Pengajaran untk kaum Adam pulak. Sila paham yang gf/tunang/wife korang tu memang selalu buat keputusan mengikut emosi, so jangan la cepat melenting ke ape. Tolong la paham yang kami ni memang begini.


Sekian. Cukup la karutan tuk malam ni

Nak sambung tgk drama. Aku kan minah drama,hihihihi..


till then

take off with love
illhamshiraz

No comments: