Thursday, June 24, 2010

Brothers and sisters

I just finished my extra class with 5SNF. Even though it was tiring when i had to control almost 40 students in one time but it was worth it.

They are a bunch of student who always put a smile on my face. They know how to make me laugh with their stupid and lame joke. And at this moment we are not just in a "teacher-student relationship", we are friends. They told me about their problems, their love ones and sometimes i felt like a sister here. Regardless on their races, all of them were so amazing.

It was so interesting being a teacher when your student knows how to appreciate u. But i don't denied there are some of them, who are very very very rude towards you. And yes to make them become close with me is not an easy task. It takes me more than a year to really get to know them. But i felt blessed now, when i see them pushed themselves really hard for their upcoming SPM.

And know I'm trying my best to helped them too whenever i can. I didn't put myself now as a teacher, but more like a sister who wants to see their brothers and sisters become somebody someday. I always told them about life out there. There are no such easy ways to become a successful person, u have to sacrifice and learn everything by yourself.

And now I know, this is what I loved. I loved being a teacher. There's no turning back.


till then

take off with love
illhamshiraz

Wednesday, June 23, 2010

" L I F E "

Kt Gemas ni dh 3 ari hujan. So bile time hujan2 cmni, mood pun jadi macam slow motion je. Sama la cm cuaca sekarang ni, suram je rasa.

Itulah manusia. Bile diberi hujan mengeluh mengatakan hari suram, tapi bile diberikan panas terik bising pulak mengeluh kepanasan. Memang dh sifat seorang manusia yang tak pernah puas dengan ape yang diperolehi.

Tapi sekurang-kurangnya aku bersyukur bila dikurniakan hujan ni. Aku tak mengeluh pun bila hujan turun. Hujan kan satu rahmat. Aku suke keadaan begini, walaupun nampak suram je.

Owhhhh, budak2 sekolah pun kurang agresif sejak mula sekolah ni. Kami cikgu2 membuat hipotesis mungkin sebab World Cup kot. Tgk bola malam2, then pagi datang sekolah macam tak bermaya je. Eh, yang cikgu pun ape kurangnye,hehehehehe.. Ramai je yg datang sekolah muke tak bermaya. Tu la penangan World Cup ni. Duduk corner mane pun boleh dengar sok sek sok sek pasal bola. Tapi aku tak kesah sangat pun pasal bola. Maybe sbb takde sape nk bercerita pasal bola ngan aku kot.

So life aku sekarang ni very plain. Kadang2 aku macam malas nk pikir dh. Biarla. Biarkan. Itula yang dinamakan arus kehidupan, ade naik, ade turun, ade manis, ade pahit, ade baik, ade buruk, ade suka, ada duka, ada bahagia dan ada kecewa.

We are in the phase of learning and finding our true self. We are on search for the best one.

Insya Allah the day will come.

till then

take off with love
illhamshiraz


p/s : Don't let someone become a priority in your life when u are just on option in their life.

Monday, June 21, 2010

Kembali ke bentuk asal

"Kembali ke bentuk asal "
Bak kata kawan aku.

So arini dh balik ke daerah Gemas ni and macam biase terasa sunyi sangat-sangat plak. Even semalam pun lepas dh kemas barang, tengok Mentor and masa tu dh rasa sunyi gile-gile.
Ishhh, kalo dilayan perasaan ni mmg tak semangat la nk sekolah arini.
Tapi hidup mesti diteruskan.

And yes, tindakan aku balik petang semalam mmg betul.
Kalo aku balik pagi tadi, comfirm akan mengantuk, penat, takde mood.

So arini, mmg tak mengantuk, tak penat, and energetic gile datang sekolah bertemu rakan2,hahahah
(bukan nk kate energetic nk mengajar kan, haishhhh...)

Takde ape yg menarik. One of my fren kt sini dapat KPLI. So this week minggu terakhir die kt sini. Agak sedey la, sbb die rakan seperjuangan aku kalo bab2 merapu ni.

Makin berkurang la kawan2 nk bersuka ria. So cmne ek ni???
Bila jadi cmni, mmg kuat sangat dh rase hati nk pindah balik Seremban.

Owhhh, lagi satu, dsatang sekolah pagi ni dpaat berita yang tak berapa nk menggembirakan.
One of the W***** dapat pindah plak.
Ishhhhh, PUAKA betul.
Ni yg aku malas ni.
Baru nk buat PUAKA tak nak ambik tau pasal hal tu, tetibe jadi cmni plak.
Comfirm punye name aku naik.

Tetibe rase mcm menyesal plak tak pindah tahun lepas.....

Arghhhhhhhhhhhhh!!!!!!...

Yg penting "ada aku kesah???"

hahahhahaha.....


till then

take off with love
illhamshiraz

Friday, June 18, 2010

"5 sekeluarga"



p/s : Thanks to Mr Afizal for this frame. Tak sabar nk collect.hehehe..

Thursday, June 17, 2010

At last......



Harley Quinn vs Beckham

Wednesday, June 16, 2010

Kenapa hantaran sekarang makin mahal???

Sebab

1. Anak pompan sorang

2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat

3. Anak pompan paling jambu dalam family

4. Anak pompan kerja high post

5. Anak pompan biasa pakai barang branded

6. Anak pompan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan

7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus

8. Anak pompan yang rasa dirinya... lengkap segala-gala

9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif

10 Anak pompan tu pun jenis ek... semacam jer - ( tak lah ni tipu..mana der...:o) )


Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat
(ni dorang bebual antara family lelaki je):-

1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?"

Kadang tu mak bapak ok je, si anak lak lebih-lebih

2. "Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."

3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."

4."Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek

macam kena lengnyek je."

5."Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"

6."Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"


Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-

1."Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet."

2."Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."

3."Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."

4."Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."

5."Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."

6."Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin- kahwin."


Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :-

1."Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."

2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."

3."Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je."

4."Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah."

5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."

6."Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur.Murah nah?"


>>Copied from a friend of mine. Rase macam kelakar plak,hehehe<<

Monday, June 14, 2010

I City

Sabtu adalah hari tuk berjimba. Disebabkan tuisyen minggu ni dah awal2 cancel, memang rase teramat gembira.

Mulenye janji dengan my mom nk duduk rumah temankan my sis while my parents pergi jemputan kahwin.

Tetapi ada seseorang pulak yang begitu baik mengajak saya tuk pergi berjalan. Saya macam biasalah, pantang diajak ke tempat2 sebegitu, akan tiba2 menjadi nipis iman nya,heheheh..

So there it goes. In an hour, decided nk pergi n terus bersiap..

Overall, berjalan di KLCC, temankan orang bershopping. And malam tu we all ke I-city Shah Alam. ( terima kasih Pah n Acap yg sudi bwk kami..)


But overall, I-City mmg dh cantik, tapi boring sikit. Patutnye dorg buatla shopping complex ke ape, so that orang bukan setakat dpt dtg tgk lampu je. Ni yang ade cuma lampu je. Kedai tuk lepak2 minum ke makan ke,pun takde sangat. So motif ke sana tuk tgk lampu je. What a waste kan. Sebab kalo tgk ramai yang dtg dr jauh.

And one more thing, dorg kene improve la sikit tempat tu. Mase kitorg pergi ni br lepas hujan. So lecak nye jangan cakapla. Patutnyue buat la platform ke. Or simen semua so that br la cantik.
Ni kalo tgk gambar pun, tgk tanah je dh tau tu kt Malaysia.hehehe.

Kalo rase nk ambik gambar tuk pre-wedding ke, post-wedding ke, gambar nk melompat2 ke, sila jangan datang time weekends okay. Crowded ya amatt.

So mari tgk gambar. Gambar-gambar pokok berlampu.








owhh, I took this picture. pelik but I liked it.
Tak tau cmne bley jadi cmni

Gambar sendiri kene ada okay,hahahha..

till then

take off with love
illhamshiraz

Sunday, June 13, 2010

Mari..mari..

Okay. Kite lupakan cerita pasal post sebelum ni yang memang berbaur pergaduhan,hahahaha...

****************************

Sekarang mmg tgh ade mood nk letak gambar. Lame sungguh kan. baru arini "ter rajin" sedikit.Sedikit saja rajinnye, bukan berlebihan. So mari melihat gambar-gambar yabg bukan la terbaru sangat,heheheh..

Mari..mari....tgk gambar,heheeh...


>>>Wedding Farihah.Batu Pahat<<<



Me n Fareh..
(ambik berkat..arap2 pasni turn aku plak,hihhi...)

>>> Family day, Kuala Linggi <<<

Aku cume ade beberapa gambar sebab lupe nk charge camera.
So ni la gambar aku ngan replika buaya darat,hihi..


>>>Induksi, Tiara beach Resort, Port Dickson<<<

Banyak kenangan, tapi overall memang best la.
Macam biasa gambar tak banyak,heheh..

( Owh,sila abaikan kegelapan kami semua.)
Gambar dgn groupmate lepas Malam Penutup



What a small world.
Me with a long lost friend and unexpectedly became a roomate for 2 weeks
*sigh*


my own drawing
*wink*

>>> Leaving on a Jet plane, Subang <<<
Sending Along. What a day.

The happy faces of him


*Happy*


my family

The one and only Along

That's all. Banyak tu je yg mampu utk di upload.

till then

take off with love
illhamshiraz

Puas hati aku!

Okay...tetibe terlampau banyak cerita yang nk diceritakan. hehehehe..

Suddenly je, my life become soooo interesting.. Hahahhaha..

Tak sabar plak nk tgk reaction die. Nk tgk macam mane die nk maki aku. Hahahha... Tu la sape suruh bermain dengan api. Ingat aku ni jenis boleh duduk diam je? Selama ni aku diamkan je, menjadi seorang yang sangat baik walaupun dh macam2 ko buat kt aku. Bile aku cakap macam2 secara penuh baik n lembut, tau plak ko takut, terus2 tukar status ko kt FB. Takut aku serang ko. Tapi mane ade aku serang ko macam org tu serang ko. Tapi bile aku dh diam, dh slow, dh macam maafkan ko balik, baru la berani nk tukar status ek. And yang ko bodoh sgt nk delete aku dr friend list ko tu kenape??

Hahahhah,kelakar betul. Seorang manusia yang takut ngan bayang2 sendiri. Aku pun tak faham ape yang die takutkan sangat.hehehhe...

Tapi kali ini, aku tak nak duduk diam macam dulu. Aku dh buat tindakan drastik ni and jangan terkejut plak ngan ape aku dh buat. Tu baru sikit. Banyak lagi aku boleh buat. Tapi aku ni tak la sampai tahap cmtu. Cukup la ape yg aku dh buat tadi. Aku pun malas nk panjangkan hal ni. Ape yg dh terjadi, dhla. Tapi aku mmg puas hati dengan ape yg aku buat tadi. kalo ko nk maki aku, maki la. Aku tak takut pun. U deserved it..

Memang padan ngan muke ko.

Aku bukan jenis yang kaki gaduh okay. Aku lagi suke kalo bende2 cmni tak diperbesarkan. And dalam hal ni, aku sorg je yg tau. Tapi bile ko buat cmni, sape bley sabar kn. Aku pun ade tahap kesabaran aku sendiri.

Yang penting. Aku puas hati sangat2..

Dan aku nak tengok and lihat sejauh mana ko dapat bertahan.

Whatever la. Aku pun mmg nk delete ko dr memori aku

Terima kasih.



>>>>updated at 10.32pm

Aku mmg berhati lembut. Cakap je lebey tapi lepas tu tak kemana marah aku tu. Haiih,susah la orang cm aku ni. Hati lembut sangat. Cepat sangat rase bersalah kalo buat org cmtu.Lepas tu cepat je nk pikir bukan2 macam terpikir kalo2 orang tu marah sampai tak maafkan aku. Terus2 jadi takut and rase tak senang hati, tak senang duduk.
Takpela, aku dh maafkan dia pun. And harap die maafkan aku jugak sebab aku dh mintak maaf kt die. Kalo tak nak jugak maafkan aku, tu antara dia dan Allah. Tugas aku dh selesai. Lega hati aku, sebab aku tak rase ade hutang pape kt dia lagi.Yang penting aku taknak dh ade kene mengena ngan die lagi.

Sekian. Cerita ni dh habis. Semoga cerita ni tak bersambung macam cerita bersiri plak.

Friday, June 11, 2010

Yeayyy!!


Berjaya jugak tukat layout baru..heheheh..


So mcm mane layout baru ni???? Okay ke? Or nampak lagi serabut??


Blog list pun dh sorted out. So takdela nmpak semak sgt kn blog ni.


I think i love the colour. Nampak lively sikit kan.


Hidup mesti CERIAA!!..lalallalalalalalaallal..

boring life

Well, masuk arini, dh 5 ari aku bercuti (sila tolak weekend ye). And masuk arini jugak aku still tak habis-habis lagi menanda kertas exam mid year aritu. At first aku plan nk siapkan by this week, tapi tak paham la macam mane boleh tak siap-siap lagi sampai sekarang. And jangan tak tau yg paper Form 5 pun tak siap tanda lagi.

So, semalam aku dh jadi macam meluat tgk kertas-kertas tu. Sakit hati pun ade jugak. Soalan yang tak susah mane pun tak boleh nk jawab. Bayangkan la soalan macam "define density" pun tak boleh nk jawab. Marah sungguh aku tgk. Macam tak pernah belajar pape sepanjang 2 tahun ni. Tu budak Form 5 tu. Dorg relax je tak jawab soalan, macam tak sedar diri nk SPM. Aku yg jadi cikgu dorg ni plak yg kecut perut tgk dorg jawab soalan cmtu. Adoiiiiiiii... Cmne nk buat ni???

Serabut giler tgk kertas exam dorg, sampai aku sakit kepala seharian semalam. So arini aku nk stop menanda dulu. Kalo aku tanda jugak nnti, mmg bley jadi Incredible Hulk kt rumah ni kang. Aku dh tau nk buat cmne dh kt budak2 tu. Dorg macam terlampau main-main. Tak tau ke nk SPM. Aku ni malas dh nk masuk kelas bg ceramah ke ape, masing-masing mcm dh keras hati, macam dh give up. Aku rase Fizik ni takdela susah sgt, ape la masalah korg ni.

Eiiiiii.....GERAAAMMMMMMMM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

***********************************

Okay tutup cerita pasal tu.

Pagi tadi bangun2 tido baru tersedar yang sekarang dh bulan JUN, which means dh almost half year for 2010. Ya Allah cepatnye masa berlalu. Aku rase dalam 6 bulan ni aku macam tak achieve papepun. Macam takde sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan. Ish, bile pikir-pikir balik macam tak percaya dh tggal 6 bulan je lagi tuk tahun 2010. OMG!

Seriusly,macam plain je life sekarang ni. Hopefully the next 6 month will give me some thrill.. Chewahhhhh..

Macam tahun lepas, mmg end year adalah saat paling best. Probably this year pun macam tu kot. InsyaAllah.


No matter what, life must goes on..


till then

take off with love
illhamshiraz


p/s : Takde mood nk upload gambar

Wednesday, June 9, 2010

Along

Ever since start cuti ni, saya memang tak stop online. Ym jangan cakap la, kalo bley mmg nk 24 hours. Tapi bukan borak sangat ngan orang laen pun. Ade orang-orang tertentu je.


And 2 hari lepas mase ym ngan Along, die ade cakap that he's going back home for a holiday this Sept. And we are so happy to hear that. But long then baru perasan. SEPTEMBER huh???? Suddenly baru teringat September kan raya... Waaaaaaaaaaa...Along is coming back home for raya. But, bile tanye date, he's probably back around 20th September. Which is on the 2nd week of raye...


Hihihihihi...Bantai la Along. Kalo kitorg takde kt umah, pandai2 la ko nk hidup kn...


till then

take off with love
illhamshiraz

Tuesday, June 8, 2010

"new"

I think, kene tukar layout baru la. Layout ni dh super boring kn.

Sbb sy sendiri pun dh boring tgk blog sendiri,hahaha.. That's why la takde mood nk update pape.

So, kene bekerja keras ni. tuka layout and organise balik blog ni.


Nnti la saya buat. Sekarang ni kene limit skit internet usage ni sbb byk lg exam paper yg tak bertanda.


till then

take off with love
illhamshiraz


p/s : Owhhh..i love this new song by Lah Ahmad. Adinda.

Friday, June 4, 2010

Kisah Cinta

Good morning!

Well, pagi-pagi dh excited. ape kes ni?? hehee..

As usual, sebagai seorang yg berperibadi "complicated" saya memang selalu cmni. Kejap happy gile, and sekejap je lagi dh bley nangis teresak-esak. That's me.

Actually memang patut pun kene happy arini sebab malam tadi dh menangis secara puas,hihihih. Rasa lega sangat sebab dapat menangis walaupun tak tau ape yang saya nangiskan. Cuma dapat rasa lega yang sangat-sangat pagi ni. Hati rasa ringan sangat,macam hilang semua beban tu. Ntahla, macam pelik je bunyik kan. Agaknye sebab PMS kot. Sebab tu la tetibe emosi ni jadi kurang stabil.


Sebenarnye, nak cerita pasal something ni..

Okayla, saya cerita ni and keep it as random ye. Bende macam ni biase berlaku kat sekeliling kita rasanya. Kadang-kadang kita sampai dh rasa bende ni biase sangat.


"A guy fall in love with this girl and this girl plak tak berminat kt this guy."
Biase dengarkan cite cmni?????


Tak pun "A girl fall in love with this guy, but this guy tak berminat plak kt this girl"

How bout "A lady who fall in love with this man, and this man not into this lady,because he's into another young girl"


or "A couple who fall in love for a very long time but still terlampau banyak sangat halangan to keep them stand still"


and macam-macam lagi la kan. And semua yang kt atas tu saya rasa paling banyak berlaku or sedang berlaku di sekeliling saya sekarang. Saya bukan la DR LOVE yang boleh bagi nasihat macam-macam kt orang lain, sebab saya sendiri pun tak dapat membuktikan ape-ape lagi pasal CINTA and LOVE ni.

Ape yang saya boleh cakap, saya rasa ni semua bahagian masing-masing. Ada sesetengah orang tu, senang je mencari cinta. But for some of us, it's not our best skills.

So, to people out there who just like me, Maybe kite ni dh ditakdirkan untuk menunggu. Kita tak payah la mencari. " The right person will be there for us in the right place at the right time " I believe in that.


Nak tak nak kene la mengajar hati kite ni menjadi kuat and tak mudah kalah dengan keadaan sekeliling,heheehe.

Entry ni snagat random okay. Tak bermaksud nk ditujukan kepada sesiapa. Saya menulis berdasarkan pemerhatian saya je.


Let's celebrate LOVE!!!

till then

take off with love
illhamshiraz


p/s : Tuk mereka yang masih mencari cinta.. Berusahala!!...hehehehe

Wednesday, June 2, 2010

Semangat yang Hilang

Sumpah lame sungguh saya tak berblogging. Bukan setakat tak berblogging sepanjang lebih kurang 2,3 minggu ni. Online pun jarang gile. Ntahla macam takde mood. Even ade laptop baru ni pun rase nk bukak laptop pun tak semangat. Ade orang cakap saya nampak macam kehilangan somethin. Macam hilang semangat. Again ntahlaaa...

So sepanjang 2,3 minggu saya menghilangkan diri ni, takde yang best pun. Life sama macam biasa. Takde yang interesting. Life orang sekeliling saya yang interesting.


Yang pertamanya :
Along dah selamat berlepas ke Lubnan untuk Misi Pengaman PBB. Sekarang ni dh masuk kem and dh start buat round kt area jagaan die. Setakat ni macam takde problem pape, tapi kalo die call tu die mengadu jugak yang kt sane cuaca sejuk and ade ribut pasir. so far die macam okay je kt sane.


Yang Kedua :
Saya dah selamat selesai Kursus Induksi. Alhamdulillah. Penat memang penat. Bukan penat ape pun, hari2 duduk dengar ceramah. Boring giler. Banyak gak yang berlaku masa kt sana. Happy and ade jugak yang menyedihkan. Yang happy tu sebab byk kawan baru and dapat keluar dari sekolah dkt 3 minggu tapi Yang cerita2 laen tu biarla saya simpan sendiri..hehehe.
But kt sana memang enjoy. Tapi satu je, makan tak best!! Luckily bile balik sekolah ramai yang tegur saya makin kurus..Chewahhhhh..berlagak!! hahahaha...

And yes i did my Pengucapan Awam.Debar memang debar tapi belasah je la. Tajuk pun takdela best mane. Orang semua tajuk gempak2. Sampai turn saya orang yang ke 106, tajuk dh start boring. Semua dh habis idea sebab tajuk best semua orang depan2 dh ambik. Last2 saya buat tajuk, Tips Dekorasi Rumah,hahahhaha....


Yang Ketiga :
Abis je Induksi saya terus join Family Day sekolah dekat Kuala Linggi, Melaka. Eventhough tak sebesar, segah family day orang lain, tapi enjoy la jugak. Okayla. Maybe lepas ni boleh organise yang lagi best kot,hehehe. So far semua puas hati. Takde lagi dengar yang merungut. Takut jugak kalo ade yang merungut, yela pape mesti la AJK yang kene kan.

Tapi yang kelakarnye, yang prempuan pun join aktiviti tarik tali. Masa tarik tali tu mmg la semangat giler, tapi dh sudah2 tu, badan yang menderita. Sampai arini badan, pinggang still sakit2. Taubat dh, cukup la sekali tu. yang pertama dan terakhir,hehehe...


Yang Keempat :
Macam biasa le, bile nk masuk je bulan Jun mula la banyak jemputan kahwin. Eh, bukan saya yang nk kahwin, tapi kawan2 saya. Last week i went to Batu pahat since one of my best friend kt sekolah ni kahwin. Wahhhh..I'm so happy for her. tapi yang tak happynye sebab i'm gonna miss "Zaman Bujang Kami" lepas ni. Cik Puan Farihah la yang sellau menjadi peneman setia saya nk ke mana-mana...Sedeyyyy!!!

"To Farihah, Selamat Pengantin Baru. Bahagia ke anak cucu,hehehe"


Yang Kelima :
Sabtu ni dah start cuti sekolah.. yahuuuu!!!!.. Rasa tak sabar je nk bercuti lame2. tapi macam biase la, cuti2 pun banyak keja. Kt depan mata ni ade 16 set soalan Mid year nk kene tanda. Adoiiii..malasnyeeee!! and maybe cuti ni saya taknak g mane2. Nak duduk rumah berehat je. Even tuisyen pun saya taknak ambik. Terasa macam letih sangat la sekarang ni. Nak mencari balik semangat yang dh hilang tu..

Cukupla tu.

Memang tak menarik kan. Gambar banyak. tapi tuan nye malas nk upload. So tunggu la bila ade kerajinan tu sampai, akan upload gak nanti,heheheh.. Dapat taip banyak ni pun dh cukup berkat dah,heheeh..

Okayla.. Nak merehatkan diri, mencari semangat yang hilang tu.


till then

take off with love
illhamshiraz