Friday, April 23, 2010

hectic week

End of a hectic but very enjoyable week at MSS Negeri Sembilan.

Happy sebab tak masuk mengajar seminggu tapi sedey sebab dh SUNBURN!!!!! Huarghhhhhh!!

Serius saya dh kembali gelap, legam dan seangkatan dengannya,hehehe.. Baru je nk recover sunburn masa sukan sekolah aritu, ni dh bertambah plak. Aiyooooh, turunlah saham saya pasni. Dhla memang takde yg berkenan, aisshhhh cmne ni????


Owh, sila jangan spekulasikan entry saya sebelum ni. Orang yang saya maksudkan tu cume kawan saya masa MSSM Badminton tahun lepas. Cume yang kelarkarnye lepas setahun tak jmpe, kami berjumpa di stadium dalam keadaan yang tak dijangka. Tapi tak sempat pun nk berborak sebab tugas saya sebagai penjaga masa memang tak bley nk main-main. Asyik kene concentrate je.

So there goes my week. Esok ade sekolah ganti. Macam biasela pagi-pagi nk kene drive balik Gemas. Penatnyeeeee..


Tapi saya gembira... hihihihihhihi...


till then

take off with love
illhamshiraz

p/s : Saya gembira ngan life saya sekarang. I'm single and i'm enjoying every single second in my life now,hehehehe...

Tuesday, April 20, 2010

A year

"After a year, I met him again today in a very unexpected way. "

Monday, April 19, 2010

Longchamp Le Pliage

Mmmmhhh. Ada sedikit kepeningan disini. Masih belum dapat decide nk beli Longchamp yang mane satu. Penat dh browse website Longchamp tu. But still macam tak tau nk yg mane satu. Semua pun cantik, semua pun nk.


Issshhhhhh.. Stresssssss!!!


Antara yang menjadi pilihan hati adalah :




Both were tote bag. Yang bezanye yang pink tu short handle, yg brown ni long handle. Rasenye prefer long handle lg . tapi mase g tgk kt Pavilion aritu short handle lg cantik... Ishhhhhhh...


But this one, memang my pilihan hati. Tgk kt Pavi aritu terus jatuh chenta. Tapi yang tak bestnye nmpak macam sporty sangat plak. I nak yg feminin skit..Chewahhhhhhh,hahahaha...



Tapi yang ni ade yang feminin type but harganyeeee.... MasyaAllahhhh,heheheh..

Cantik kan..kan..kan... Huaaaaaa,suke giler yang ni!!!!!!!


Last but not least....

heheheeh..takde motif nk masukkan beg ni. Tak masuk dalam senarai pun.. Tapi lame-lame tgk cm okay gak,heheheh...


So...yang mana satu pilihan hati????????

Ni la dia kelemahan utama saya ni. Susah nk decide. Sebab tu kot sampai sekarang takde bf.hahahhahaa.. Lagi sekali takde motif.


Okayla... nk tido bermimpikan beg-beg ni.


Kalo mimpi Ferragamo cmne??????????


till then

take off with love
illhamshiraz


p/s : Arini dapat satu offer lagiiii. Yuhuuuu!!!! Tapi kalo ikutkan hati macam malas. Tapiiiiiii........

Sunday, April 18, 2010

Mutiara kata

Hye...

Sedar tak sedar lame rupenye saya tak update blog. Bukan setakat tak update blog, aktiviti blog hopping pun tak berjalan sepanjang beberapa minggu ni. Malam ni baru qada' baca updates dari blog-blog favourite saya. Nak kata saya busy memang takla. Kerja memang bertimbun tapi saya macam biasa relax je. Buat kerja slow-slow ikut mood,heheeh. Or maybe disebabkan ade masalah-masalah penting yang terpaksa saya selesaikan sepanjang minggu lepas so internet dh tak menjadi priority saya lagi,hahahah..Nampak sangat cepat je iman saya tergugat dek bende lain kn. Tapi dh EMERGENCY CASE kn, nk buat cmne...Hahahah, macam doktor plak. OVER!

Walau apepun, masalah dh selesai walaupun ada hati yang terluka. Eh, saya bukan seorang kaunselor ye. Saya cuma seorang cikgu. Tapi macam biasa saya ni suka mengambil tahu hal orang, masalah orang lain dh umpama masalah saya sendiri. Jadi bila orang yang bermasalah tu sakit hati, saya pun tertempias la sakit hati plak. Tapi sakit hati tak boleh dilayan sangat, kalo dilayan makin menjadi nnti. Jalan penyelesaiannya, maafkan dan terima dengan hati terbuka.

Ish, melalut betul. Pusing-pusing macam karipap pusing,hehehe.


Okay. Berbalik kepada cerita diri saya sendiri, semalam ade kenduri kesyukuran dan doa selamat kat rumah saya. Macam biasa rumah dipenuhi dengan keluarga tersayang. Alhamdulillah everything went well walaupun hujan lebat malam tadi. Alamak tetibe sayu plak hati saya ni. 29 April ni abang saya akan berlepas ke LEBANON atas Misi PBB. Haishhhh.. Semoga Along dilindungi sepanjang disana. Gerun jugak saya dengar cerita-cerita pasal Lebanon ni. Katenye masih belum tenang dan selamat keadaan di sana. Kalo saya la, memang saya dh tarik diri awal-awal dh. Tapi tu la, askar ni semangat die lain kot. Yang pasti, kami sekeluarga redha je, Along pergi pun bukan nk bersuka ria, berjuang menjaga keselamatan orang lain. Chewahhhh,hehehehe...


Yang pasti minggu ni saya duduk di rumah..Yeayyyyyyyy!!! Esok pergi sekolah macam biasa tapi lepas tu balik Seremban balik sebab Selasa sampai Jumaat saya kt Stadium Paroi. Ade sukan MSSSMNS. Say bab-bab sukan memang suka, Tapi bukan suka bersukan, suka bertugas masa sukan,heheeh.. So, seminggu la saya bercuti dari mengajar. Best tuuuu!!!!!...


Well, penat sangat la. Nak menaip pun tak mapu dh ni.


Tunggu je la entry lain kay.


till then

take off with love
illhamshiraz

p/s : "Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)

..hihihihi..tetibe nk jadi ilmiah plak kt sini. But i like this quote. Copy from a friend of mind. Sangat meaningful tu,heheheh.. Ceh, dalam hati ada taman plak,heheeheh..

p/s : Adek, we took care of Jumlan for u..hehe.. Me and Kak Bai sangat boring without U and Kak E tau...sob..sob..sob..

p/s : Rase gembira plak tgk traffic blog saya ni meriah sepanjang beberapa hari ni. Terima kasih ye awak-awak semua yang melawat blog saya ni. hehehee..

Friday, April 9, 2010

A new day has come

Mmmh.. Lame betul tak online. A few days ni memang betul2 busy. Lepas berkampung kt IJN, saya terus plak berkampung kt Sukan Daerah. Nasib baik jadi S/U pertandingan, kalo tak emmang comfirm gelap muka ni berjemur dua hari kt padang. Tapi best jugak sebab bersuka ria ngan kawan2 due hari, then tka payah nk pikir pasal mengajar. Lega tau,hehee.

Sedar tak sedar arini dh Jumaat dh. Macam biasa lepas je sekolah terus balik Seremban ambik my mom and terus ke IJN. Last tgk busu mase kt ICU aritu. And guess what she's going to celebrate her 49th birthday this coming Monday. So maybe we all gonna throw up a lil suprise for her later,hehee..

And yes. A new day has come. So masalah n kekecewaan yang menghantui saya sebelum ni bakal dilupakan. I don't need those things la. I can live my life the way I am. I don't need no one except for my family. Kalo setakat nk menyakitkan hati, boleh blah okay..

Arini saya memang dalam mood yang sangat baik,hehehe.. Pagi-pagi hari dh tersenyum. Alhamdullillah saya bersyukur atas segalanya. Semoga dimurahkan lagi rezeki dan kebahagian.



till then

take off with love
illhamshiraz

Monday, April 5, 2010

While waiting....


Inilah yang kitorg buat sepanjang beberapa hari berkampung kat IJN.

Disebabkan semua orang nk berkeadaan ceria so kitorg pun menceriakan diri ngan kerja-kerja tak berfaedah ni,heheheh..

Not much...Just a few picture of me, Adek n Bai.


Owh yes Kak E we miss u a lot here. And this is especially for u! Our little madness on Sunday evening,hihihihih....






Our normal picture...heheheh


So, today saya MC. Berkampung lagi kt IJN. Arini Busu buat bypass. She went to the OT around 1pm. And now we are still waiting for her. Mudahan semuanya selamat. Ameeennnn...



Friday, April 2, 2010

News

This morning i was hoping for a good day today. Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Dua berita yang saya dapat ptg ni betul-betul mengejutkan saya.

Berita yang pertama tak payah la saya cerita kt sini. Memang dh dijangka pun.

Tapi berita kedua memang saya tak jangka. My aunty is going for a by pass tomorrow. Pagi tadi baru je buat endogram and look like die punye blockage dh tahap kritikal and terpaksa by pass as soon as possible. Memang terkejut, saya yang dengar pun tak bersedia apatah lagi busu sendiri.

Macam tak percaya je, baru je weekend lepas berborak n bergelak ketawa. Ni plak tetibe nk operation. Bukan calang-calang operation. Jantung okay. Ishhhh... Speechless sekejap. Tak mampu nk describe cmne.


To adek : I hope u're strong enough darling. Come back asap. All of us will be by ur side.


To Dina : U mesti terkejut kan. We all pun terkejut jugak.


so, kesimpulannya emotionally unstable.