Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

emotional crisis

Aku tak tau la kenapa, lately ni emosi aku memang sgt tak stabil. Even period cycles aku pun dh semakin menggila.

Adakah sebab aku terlampau stress ngan keadaan kerja kt sekolah yang terlampau tak menentu? or aku terlebey stress dgn masalah peribadi aku sendiri?

Aku betul-betul takde jawapan tuk soalan aku tu.

Memang keadaan life aku sekarang sangat terumbang ambing. Terlampau bermacam-macam dan terlampau bercampur aduk. Semua serba tak kena. Tahun 2011 dalam hidup aku dimulakan dengan keadaan yang agak kelam kabut.

Aku rasa ni semua dugaan tuk aku.

Aku yakin ada hikmah disebalik semua ini.

Semoga aku bertambah kuat untuk menghadapi kehidupan aku ini.

Ameen.

Thursday, December 2, 2010

Momento

THURSDAY, DECEMBER 2, 2010


Banyak momen indah terjadi arini. Banyak sangat sampai perasaan aku arini macam bercampur aduk. Sedey, happy, terharu, excited and macam2 lagi. Malas nk list out panjang-panjang. Lagipun aku rasa aku je yg tau and paham kot.



And today adalah paper Fizik SPM 2010.


Pagi lagi aku dh ke Gemas tuk melihat2 students aku. And terjumpa kawan-kawan lama. Ecehh,hehehe..lama la sangat tu. Bila berjumpa macam2 cerita keluar and lepas settle everything aku pun balik.

Masa tu la aku dapat rasa yang perasaan aku bercampur aduk. Aku rasa feeling aku masa drive balik tadi sangat syahdu. Tak tau la kenapa. Even masa last day of school aritu pun tak cmtu aku rasa. Mungkin perasaan berat hati nk meninggalkan kawan-kawan yang aku sayang tu baru terasa tadi kot. Mmmmmmh.Mungkin la.


And lepas tu lg macam-macam perasaan aku rasa. Yang tu tak yah cakap banyak la. Kan aku dh cakap. Life is complicated. So tak yah tanya kenapa dan mengapa.


Tadi ada seseorang cakap yang aku ni seorang yang terlalu memikirkan pasal semua bende. Everything aku nk fikirkan, even bende yang kecik.

Adakah tu petanda tak baik??? Mungkin sebab tu kot life aku menjadi semakin complicated sebab aku terlampau memikirkan pasal semua bende. But i don't denied it. Aku mmg rasa aku seorang yg cmtu.

What do people called this??? Perfectionist ka?? Paranoid ka?? Haihhhh, kene google sikit ni.


note : Sangat2 berharap dh achieve result yg lebih bagus dr tahun lepas. InsyaAllah.

Tuesday, November 23, 2010

Semuanya Baru

Layout baru sempena semangat baru tuk terus berblogging.


Layout baru sempena hala tuju baru blog ni.


Layout baru untuk tahun baru yg akan datang.


Layout baru untuk pengalaman di sekolah baru



Semoga dengan layout baru ni aku semakin rajin mengupdate blog. InsyaAllah.



note : Yes, U heard me. Daerah Gemas akan ku tinggalkan, 2 tahun yang sangat memorable.Mungkin kene buat review sikit nnti.
2011, Seremban here I come!

Thursday, November 18, 2010

Diet Darah O


Diet Untuk Golongan Darah 'O'

Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.

Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek: Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek: Sepotong kuih

Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo (buku; "Eat Right For Your Type") ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.

Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D 'Adamo ataupun tidak.


Source

Wednesday, September 15, 2010

"Roo Roo'

Salam Aidilfitri.

Walaupun dh terlewat beberapa hari, aku rasa masih belum terlambat tuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang datang menziarahi blog aku ni.


Aku tau, agak lama aku tak update ape2. Bukan takde cerita, cuma aku agak busy sejak bercuti aritu. And jangan cakap la, bukan setakat malas nk update blog, aku sangat jarang online sekarang ni. Tak tau la kenapa. Kadang2 terlupa yang aku ade blog n facebook. Aku macam rasa nk delete la blog ni, macam dh busan. Tapi bila fikir balik macam sayang plak, dh 2 tahun lebey aku menulis kt blog ni. Nnti la aku fikirkan. Rasanya, the best way is, aku kene hibernate diri aku sekejap. So bila dh ade rasa nk berblogging nnti, baru la aku update.


So, dh alang-alang aku rajin nk menaip malam ni, baik aku taip panjang sikit,heheh.

Okla, Raya tahun ni macam tahun-tahun yang lepas. Takde yang membezakan apa-apa, kebanyakkan rutin yang sama sejak tahun-tahun yang lepas. Cume raya tahun ni agak kurang meriah. Ramai yang takde. Adek kt Aussie, Along kt Lubnan, Dina kt London, Anjang beraya di Riyadh, Kak Nurul plak balik Melaka Abg Alim beraya kt Kuantan. So bila dh kurang dari kebiasaan, kanak-kanak nakal dan cute pun takde barula terasa sunyi gitu.

Lagipun dengan berita Pembunuhan Datuk Sosilawati, kite yang mendengar ni pun sikit sebanyak terjejas emosi. Lebih-lebih salah sorang mangsa tu kawan baik sepupu aku. Walaupun tak kenal, tapi terasa la jugak. Tak dapat nk bayangkan macam keadaan dan perasaan family dorg tu. Kalo betul la mereka semua dibunuh,Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat. Ameen.

Eh lupa plak. Aku baru je abis packing barang. So untuk seminggu lebey ni, maybe blog ni akan berehat. InsyaAllah, esok aku n family akan terbang ke Tanah Kanggarooo.. Hehehe, kitorang akan berholiday lebih kurang dalam 10 hari kt sana. InsyaAllah kami akan ke Melbourne, Gold Coast, Sydney, Canberra. Doakan kami selamat pergi dan balik.


Yabedabedoooooooooooooooooooooooo!!!!!!!!



till then

take off with love
illhamshiraz

Monday, August 2, 2010

December


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

I missed this place so much.



Thank you Adek for uploading this picture.
And sorry for posting this picture here.


I wished I could be there again this December.

Saturday, July 31, 2010

I'm officially 25!

"Happy belated birthday. I got u a piece of silk material from Terengganu. I hope u like the pink color. It will be sweet on u :) "


Yes, yesterday was my birthday. I'm a year older than last year.

Thank you for all the warm wishes, the cake and the present. I really appreciated it and I loved.




To the people I loved,

Thank you for making my life an awesome one through out this 24 years of my life and thank you for making me happy every single day of my life.

I jost hope for a better year ahead. Ameen.

Friday, July 16, 2010

--Batuk oh Batuk--

3 minggu lepas, salah sorg sepupu aku kawen. Maybe sebab cuaca yang panas and ditambah lagi dengan keenakan menikmati durian dalam kadar luar biasa masa weekend tu, so aku pun diserang demam, selesema, batuk dan sakit tekak. Pakej yang cukup lengkap.

Lama jugak la aku demam, dekat3, 4 ari baru okay. Selesema dalam seminggu lebey baru hilang. Yang tak tahannya ni, batuk ni still tak elok-elok lagi sampai sekarang. Aku dh naik rimas dah bila asyik batuk-batuk je.

Aku ni sebenarnya memang susah nk recover sikit kalo kene batuk ni. The last time aku batuk 3 bulan lebey baru hilang.So bila tengok keadaan aku sekarang ni, kalo tak diubat cepat-cepat and tak ambik precaution yang sepatutnya, aku yakin aku akan kena macam yang sebelum ni jugak. Tambah-tambah lagi, nak puasa ni. Gerun aku kalo batuk time puasa. Aku dah rasa dh dulu. Memang tersiksa giler. SUMPAH.

Jangan tak tau, masa tu dh berbotol-botol ubat batuk aku telan, dari yang hitam ke yang merah. Macam-macam rasa ubat batuk aku dh rasa. Doktor pun dh banyak doktor aku pergi. Dh siap X-Ray bagai sebab takut mana la tau kot-kot ade problem kat paru-paru. Madu lebah tu jangan cakap la, dah dekat sebotol aku telan. Masa tu ape je yang aku tak cube. Madu ngan limau, madu ngan kicap, macam-macam aku try. Tapi tak elok jugak.

Kalo nak diikutkan, batuk ni bukan la berjenis batuk yang berkahak ke ape. Cuma batuk kering. Tekak aku ni rasa gatal-gatal. Dulu doctor cakap aku kene jaga makan, sebab ada makanan yang aku tak boleh ambik. Memang betul pun kot, sebab after aku berpantang makan makanan yang doctor suruh avoid tu, alhamdulillah memang hilang batuk aku ni. Bayangkan la, masa aku pantang tu kebetulan bulan puasa pulak, so aku makan Quaker Oat je tuk sahur and masa berbuka pun makan sikit je, sebab macam-macam aku kena pantang. Tapi masa tu aku memang patuh giler, sebab nk elok punya pasal.heheheh..

Sekarang ni tambah pulak ngan kerja aku sebagai seorang cikgu,so paham-paham je la ,suara aku ni dikira aset paling penting sekali. Sekarang ni pun, masa mengajar, aku selalu stop-stop sebab batuk teruk. Agak susah la nak handle, kesian kt budak-budak. Tengah-tengah syok dengar aku bercakap, tetiba kene pause kejap.hehe.. Kalo nk marah budak pun tak feel, sebab tengah-tengah klimaks membebel kt budak, kene pause sekejap sebab nk batuk. Memang hilang terus feel nak membebal kt students,hihih..

And yes, doc ada cakap dulu, antara faktor yang buat batuk aku ni lambat hilang masa tu sebab aku mengajar guna kapur. Kapur tu ada habuk-habuk yang membantu menambah rate batuk aku tu. tapi memang aku setuju pun, macam sekarang ni bila mengajar memang aku batuk teruk, lagi-lagi kalo kt lab, sebab kt lab aku pakai kapur. Haiyaaaaaa.....

Memandangkan yang bulan Ramadhan pun tak lama lagi, aku tekad nk try berpantang macam dulu.

Ni antara list makanan yang aku kene avoid ;
  • Tinned/ Preserved food (Haiiih, baru je semalam aku beli satu plastik asam!!)
  • Cheese (banyak lagi dalam fridge tu..)
  • Burger ( minggu lepas je 2 kali aku makan Mcd,mmmmh...)
  • Hot Dog ( menu wajib kt rumah aku setiap weekend..)
  • White Bread (adoiiiii, matilah cmni.. Roti kan makanan ruji aku!)
  • Eggs (ha ni satu lagi...)
  • Banana (tak kesah pun sebab tak suka and tak makan pisang)
  • Pineapple (tak kesah pun!!)
  • Lobster (aku bukan orang kaya yang makan lobster ari-ari)
  • Prawns (Semalam baru lepas makan sambal udang Mak Yam..Heaven wehhh)
  • Chocolate (huhuhuhuhu............)
  • Yellow Coloured Soft drinks - Chrysanthemum, Sugar cane drinks ( Air tebu Gemas, aku akan merinduimuuuuuu!!!!)

Basically tu yang aku akan pantang makan dalam beberapa minggu ni. Kalo tengok balik, most of the foods memang makanan favourite aku. Adooooooiii, terpaksa la aku makan oat ngan susu je pasni. Sila beli susu HL banyak-banyak ye. Tapi takpe, tuk kesihatan diri sendiri, aku sanggup.hehehe.


So mari sama-sama berpantang. And dengan harapan dapat la kuruskan badan sekali,hihihihhi..


Wish me luck!

till then

take off with love
illahmshiraz


p/s : Actually aku tulis ni sebagai notes tuk diri sendiri. So that next time aku kene batuk cmni takdela aku kelam kabut cari notes yang doctor bagi kt aku dulu tu,hihihihihhi...

p/s : owh ye, kalo ade sape2 yg ade petua nk hilangkan batuk boleh jugak share ngan aku.

Tuesday, July 6, 2010

penat!!!!!

Okay.

Sangat nk update tapi macam sangat busy..cehhh,perasann!!!

Well, last week ade wedding my cousin, so mmg sah2 la busy, walaupun i cuma bz bergosip n bergambar je,hihihih..

Then, terus sambung cuti sebab demam teruk sampai tak dapat nk bangun hari Isnin tu. Tapi gagahkan diri jugak pegi Imigresen sebab nk buat pasport. Demam dalam 2,3 hari baru okay. Tapi batuk n selsema sampai sekarang ada lagi. Stresss woooo. Ni semua sebab makan durian kot. Mungkin la.

Then weekend lepas sebok bergembira dengan sepupu-sepupu ku and pergi Majlis Bertandang kt belah lelaki. '

Hari Isnin(semalam) plak terus cek in kt Port Dickson. Jadi jaga budak2 PKBM yang join Perkhemahan Negeri. Haishhhhh.

And hari ni satu hari menetap kt SMTPD sebab kene jadi Hakim Solac Car tuk Karnival Sains Negeri Sembilan.

Mmmmmmmmmmmmhh.. Penat okayyyy!!! Kalo boleh rase nk cuti je. Nak sangat2 pergi cuti kt tepi laut.. DATAI miss u la,heheheh


Okayla, my mom dh bising suruh balik PD. Die kate drive malam2 bahaya. So, taknak gaduh2, i better siap sekarang.


Daaaaaaaaaaaaaa

till then

take off with love
illhamshiraz

Wednesday, June 23, 2010

" L I F E "

Kt Gemas ni dh 3 ari hujan. So bile time hujan2 cmni, mood pun jadi macam slow motion je. Sama la cm cuaca sekarang ni, suram je rasa.

Itulah manusia. Bile diberi hujan mengeluh mengatakan hari suram, tapi bile diberikan panas terik bising pulak mengeluh kepanasan. Memang dh sifat seorang manusia yang tak pernah puas dengan ape yang diperolehi.

Tapi sekurang-kurangnya aku bersyukur bila dikurniakan hujan ni. Aku tak mengeluh pun bila hujan turun. Hujan kan satu rahmat. Aku suke keadaan begini, walaupun nampak suram je.

Owhhhh, budak2 sekolah pun kurang agresif sejak mula sekolah ni. Kami cikgu2 membuat hipotesis mungkin sebab World Cup kot. Tgk bola malam2, then pagi datang sekolah macam tak bermaya je. Eh, yang cikgu pun ape kurangnye,hehehehehe.. Ramai je yg datang sekolah muke tak bermaya. Tu la penangan World Cup ni. Duduk corner mane pun boleh dengar sok sek sok sek pasal bola. Tapi aku tak kesah sangat pun pasal bola. Maybe sbb takde sape nk bercerita pasal bola ngan aku kot.

So life aku sekarang ni very plain. Kadang2 aku macam malas nk pikir dh. Biarla. Biarkan. Itula yang dinamakan arus kehidupan, ade naik, ade turun, ade manis, ade pahit, ade baik, ade buruk, ade suka, ada duka, ada bahagia dan ada kecewa.

We are in the phase of learning and finding our true self. We are on search for the best one.

Insya Allah the day will come.

till then

take off with love
illhamshiraz


p/s : Don't let someone become a priority in your life when u are just on option in their life.

Sunday, June 13, 2010

Mari..mari..

Okay. Kite lupakan cerita pasal post sebelum ni yang memang berbaur pergaduhan,hahahaha...

****************************

Sekarang mmg tgh ade mood nk letak gambar. Lame sungguh kan. baru arini "ter rajin" sedikit.Sedikit saja rajinnye, bukan berlebihan. So mari melihat gambar-gambar yabg bukan la terbaru sangat,heheheh..

Mari..mari....tgk gambar,heheeh...


>>>Wedding Farihah.Batu Pahat<<<



Me n Fareh..
(ambik berkat..arap2 pasni turn aku plak,hihhi...)

>>> Family day, Kuala Linggi <<<

Aku cume ade beberapa gambar sebab lupe nk charge camera.
So ni la gambar aku ngan replika buaya darat,hihi..


>>>Induksi, Tiara beach Resort, Port Dickson<<<

Banyak kenangan, tapi overall memang best la.
Macam biasa gambar tak banyak,heheh..

( Owh,sila abaikan kegelapan kami semua.)
Gambar dgn groupmate lepas Malam Penutup



What a small world.
Me with a long lost friend and unexpectedly became a roomate for 2 weeks
*sigh*


my own drawing
*wink*

>>> Leaving on a Jet plane, Subang <<<
Sending Along. What a day.

The happy faces of him


*Happy*


my family

The one and only Along

That's all. Banyak tu je yg mampu utk di upload.

till then

take off with love
illhamshiraz

Friday, June 11, 2010

boring life

Well, masuk arini, dh 5 ari aku bercuti (sila tolak weekend ye). And masuk arini jugak aku still tak habis-habis lagi menanda kertas exam mid year aritu. At first aku plan nk siapkan by this week, tapi tak paham la macam mane boleh tak siap-siap lagi sampai sekarang. And jangan tak tau yg paper Form 5 pun tak siap tanda lagi.

So, semalam aku dh jadi macam meluat tgk kertas-kertas tu. Sakit hati pun ade jugak. Soalan yang tak susah mane pun tak boleh nk jawab. Bayangkan la soalan macam "define density" pun tak boleh nk jawab. Marah sungguh aku tgk. Macam tak pernah belajar pape sepanjang 2 tahun ni. Tu budak Form 5 tu. Dorg relax je tak jawab soalan, macam tak sedar diri nk SPM. Aku yg jadi cikgu dorg ni plak yg kecut perut tgk dorg jawab soalan cmtu. Adoiiiiiiii... Cmne nk buat ni???

Serabut giler tgk kertas exam dorg, sampai aku sakit kepala seharian semalam. So arini aku nk stop menanda dulu. Kalo aku tanda jugak nnti, mmg bley jadi Incredible Hulk kt rumah ni kang. Aku dh tau nk buat cmne dh kt budak2 tu. Dorg macam terlampau main-main. Tak tau ke nk SPM. Aku ni malas dh nk masuk kelas bg ceramah ke ape, masing-masing mcm dh keras hati, macam dh give up. Aku rase Fizik ni takdela susah sgt, ape la masalah korg ni.

Eiiiiii.....GERAAAMMMMMMMM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

***********************************

Okay tutup cerita pasal tu.

Pagi tadi bangun2 tido baru tersedar yang sekarang dh bulan JUN, which means dh almost half year for 2010. Ya Allah cepatnye masa berlalu. Aku rase dalam 6 bulan ni aku macam tak achieve papepun. Macam takde sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan. Ish, bile pikir-pikir balik macam tak percaya dh tggal 6 bulan je lagi tuk tahun 2010. OMG!

Seriusly,macam plain je life sekarang ni. Hopefully the next 6 month will give me some thrill.. Chewahhhhh..

Macam tahun lepas, mmg end year adalah saat paling best. Probably this year pun macam tu kot. InsyaAllah.


No matter what, life must goes on..


till then

take off with love
illhamshiraz


p/s : Takde mood nk upload gambar

Wednesday, June 2, 2010

Semangat yang Hilang

Sumpah lame sungguh saya tak berblogging. Bukan setakat tak berblogging sepanjang lebih kurang 2,3 minggu ni. Online pun jarang gile. Ntahla macam takde mood. Even ade laptop baru ni pun rase nk bukak laptop pun tak semangat. Ade orang cakap saya nampak macam kehilangan somethin. Macam hilang semangat. Again ntahlaaa...

So sepanjang 2,3 minggu saya menghilangkan diri ni, takde yang best pun. Life sama macam biasa. Takde yang interesting. Life orang sekeliling saya yang interesting.


Yang pertamanya :
Along dah selamat berlepas ke Lubnan untuk Misi Pengaman PBB. Sekarang ni dh masuk kem and dh start buat round kt area jagaan die. Setakat ni macam takde problem pape, tapi kalo die call tu die mengadu jugak yang kt sane cuaca sejuk and ade ribut pasir. so far die macam okay je kt sane.


Yang Kedua :
Saya dah selamat selesai Kursus Induksi. Alhamdulillah. Penat memang penat. Bukan penat ape pun, hari2 duduk dengar ceramah. Boring giler. Banyak gak yang berlaku masa kt sana. Happy and ade jugak yang menyedihkan. Yang happy tu sebab byk kawan baru and dapat keluar dari sekolah dkt 3 minggu tapi Yang cerita2 laen tu biarla saya simpan sendiri..hehehe.
But kt sana memang enjoy. Tapi satu je, makan tak best!! Luckily bile balik sekolah ramai yang tegur saya makin kurus..Chewahhhhh..berlagak!! hahahaha...

And yes i did my Pengucapan Awam.Debar memang debar tapi belasah je la. Tajuk pun takdela best mane. Orang semua tajuk gempak2. Sampai turn saya orang yang ke 106, tajuk dh start boring. Semua dh habis idea sebab tajuk best semua orang depan2 dh ambik. Last2 saya buat tajuk, Tips Dekorasi Rumah,hahahhaha....


Yang Ketiga :
Abis je Induksi saya terus join Family Day sekolah dekat Kuala Linggi, Melaka. Eventhough tak sebesar, segah family day orang lain, tapi enjoy la jugak. Okayla. Maybe lepas ni boleh organise yang lagi best kot,hehehe. So far semua puas hati. Takde lagi dengar yang merungut. Takut jugak kalo ade yang merungut, yela pape mesti la AJK yang kene kan.

Tapi yang kelakarnye, yang prempuan pun join aktiviti tarik tali. Masa tarik tali tu mmg la semangat giler, tapi dh sudah2 tu, badan yang menderita. Sampai arini badan, pinggang still sakit2. Taubat dh, cukup la sekali tu. yang pertama dan terakhir,hehehe...


Yang Keempat :
Macam biasa le, bile nk masuk je bulan Jun mula la banyak jemputan kahwin. Eh, bukan saya yang nk kahwin, tapi kawan2 saya. Last week i went to Batu pahat since one of my best friend kt sekolah ni kahwin. Wahhhh..I'm so happy for her. tapi yang tak happynye sebab i'm gonna miss "Zaman Bujang Kami" lepas ni. Cik Puan Farihah la yang sellau menjadi peneman setia saya nk ke mana-mana...Sedeyyyy!!!

"To Farihah, Selamat Pengantin Baru. Bahagia ke anak cucu,hehehe"


Yang Kelima :
Sabtu ni dah start cuti sekolah.. yahuuuu!!!!.. Rasa tak sabar je nk bercuti lame2. tapi macam biase la, cuti2 pun banyak keja. Kt depan mata ni ade 16 set soalan Mid year nk kene tanda. Adoiiii..malasnyeeee!! and maybe cuti ni saya taknak g mane2. Nak duduk rumah berehat je. Even tuisyen pun saya taknak ambik. Terasa macam letih sangat la sekarang ni. Nak mencari balik semangat yang dh hilang tu..

Cukupla tu.

Memang tak menarik kan. Gambar banyak. tapi tuan nye malas nk upload. So tunggu la bila ade kerajinan tu sampai, akan upload gak nanti,heheheh.. Dapat taip banyak ni pun dh cukup berkat dah,heheeh..

Okayla.. Nak merehatkan diri, mencari semangat yang hilang tu.


till then

take off with love
illhamshiraz

Friday, April 23, 2010

hectic week

End of a hectic but very enjoyable week at MSS Negeri Sembilan.

Happy sebab tak masuk mengajar seminggu tapi sedey sebab dh SUNBURN!!!!! Huarghhhhhh!!

Serius saya dh kembali gelap, legam dan seangkatan dengannya,hehehe.. Baru je nk recover sunburn masa sukan sekolah aritu, ni dh bertambah plak. Aiyooooh, turunlah saham saya pasni. Dhla memang takde yg berkenan, aisshhhh cmne ni????


Owh, sila jangan spekulasikan entry saya sebelum ni. Orang yang saya maksudkan tu cume kawan saya masa MSSM Badminton tahun lepas. Cume yang kelarkarnye lepas setahun tak jmpe, kami berjumpa di stadium dalam keadaan yang tak dijangka. Tapi tak sempat pun nk berborak sebab tugas saya sebagai penjaga masa memang tak bley nk main-main. Asyik kene concentrate je.

So there goes my week. Esok ade sekolah ganti. Macam biasela pagi-pagi nk kene drive balik Gemas. Penatnyeeeee..


Tapi saya gembira... hihihihihhihi...


till then

take off with love
illhamshiraz

p/s : Saya gembira ngan life saya sekarang. I'm single and i'm enjoying every single second in my life now,hehehehe...

Friday, March 26, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah. Syukurr..


Akhirnya backdated gaji saya dh masuk. Yeaayyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!


"Maafkan saya excited sebentar,hahaha.."


Mulanya saya ingatkan lambat lagi nak masuk, rupenye bulan ni. Alhamdulillah. Walaupun tak banyak, tapi bersyukur sangat.

So nk buatpe ngan duit tu???????


Heheheheh,nanti la saya fikirkan. Mungkin nk bayar hutang piutang kot.


Owh, PTPTN memang menjengkelkan. Malas dh nk berhutang dengan PTPTN.


p/s : Cik Bai, entry aku ni mcm entry ko plak. Kebetulan rupenye kite same dapat durian runtuh. Tapi ko dh janji nk belanja aku kan,hahahahahah. Lgpun aku tau ko dpt banyak lg dr aku,hehehehe..

Sunday, March 21, 2010

Rumusan Minggu ini


Arini berakhirnye Mid Term School Break. Esok saya akan menyambung kembali tugas sebagai seorang guru di kawasan terpencil itu.

Tak banyak yang saya harapkan. Macam biasa hati saya memang dh tawar sedikit sejak kes kereta saya kene toreh minggu lepas. Tapi disebabkan tugas, saya akan cube sebaik mungkin.

Yang saya tau, tak sabar nk menghabiskan tahun 2010 ni, dan apply tuk pindah balik ke Seremban. And kalo lagi best dapat pilih sekolah mane saya nk pindah masuk. Extra privilege tuh,heheheeh. Sekolah pilihan hati dh ade, cume kene tunggu dan lihat saja la dan disamping berdoa moga dipermudahkan segalanya nnti.


Yang laen takde ape. Macam biase ade beberapa isu yang saya rasa malas la nak cakap kt sini. macam membuka pekung di dada. Tapi kalo tak diceritakan takut nnti tak dapat dibuat iktibar. Seperti biase la, memang berkaitan orang itu yang tak abis-abis seperti menjadi duri dalam daging. Mungkin lepas ni kene boikot abis-abisan baru die paham kot, yang kite tak suke kt die. Amacam kawan?????? Nak ikut tak sesi boikot tu??? Hehehehe...

Overall, minggu ini saya telah berjaya
  • Tanda PEKA tahun lepas (hahahahhah!!!!!!!......)
  • Tanda latihan bulan lepas
  • Settlekan borang-borang yang bekaitan
  • Siapkan soalan Ujian Bulan Mac
  • Masak spaghetti soup
  • Update blog setiap hari
.....dan kejayan terpenting saya "Berjaya Ym dengan Bai setiap hari dalam minggu ni..".

Hoyeeeehhhhhhhh!!!!!!!!..Bangganye saya..hehehehe

Tapi yang tak sempat disiapkan adalah
  • Tanda PEKA tahun ni
  • Siapkan Minit Mesyurat
  • Siapkan Borang-borang tuk Kelab
Okayla tu kan. At least ade jugak yang siap. Yang tak siap tu saya usahakan nnti je la ek

Cukupla sampai sini. Takde ape lagi dh nk cerita.

Tunggu la cerita-cerita menarik dari saya nnti. Kalo rajin saya update selalu. Kalo malas, maaf je la ek.



Till then

take off with love
illhamshiraz

Saturday, March 20, 2010

::: Undefined :::

Salam.

Semalam saya terasa seperti kurang produktif (bukan sepanjang minggu ke?????) Hehe. Memang macam ni la perasaan saya bile dh bercuti terlampau lame. Memang rasa sangat tak produktif.

Hari-hari terawal (ecehhhhhh..) memang rase macam nk lompat trampoline je (bukan ade trampoline kt umah pun, imaginasi jeeeee...) sebab tak payah bangun pagi, tak payah gosok baju (which I hate the most), tak payah pikir nk mengajar ape, tak payah pikir pasal ade meeting ape petang ni, tak payah pikir nk makan ape malam ni.. and all sort of things la. So being at home for a week memang heaven wehhhh..

Mane tak heaven bile bangun pagi je pegi dapur dh ade breakfast terhidang siap (dah dasar pemalas kan,hihihih). Then lepas mandi update facebook. Pastu bace paper and sambung bloghoping. Ehhh, lupe plak. Sambil-sambil tu menanda la pape yg patut so that tak terasa bersalah la sebab dok angkut kertas-kertas tak bertanda tu balik rumah. Buat berat kereta aku je,ceshhhhhhhhhh...

Eyp..bukan nk cerita pasal Jumaat ang tak produktif ke tadi ??????? hehehe. Suke lari dari tajuk la saya ni..hehe..

Walaupun Jumaat saya tak berapa begitu produktif tapi at least for the very first time ever i manage to cook my very own spaghetti soup.

Oooooooops, orang laen masak macam-macam tak kecoh pun. (Ko ni setakat spaghetti tu pun ko nk kecoh..) Heh. Maaf ye sebab nk bangga diri sikit kt sini. Saya kan budak baru belajar. Memang patut la bangga diri sikit, nk bagi motivation kt diri sendiri je..

And yes, my mom said that spaghetti is okay. Hooooooooooooorayyyyyy!!! What more can i said kan. hehe.. Ishhh, berlagak betul,haahahaha!


Owhhhh, gambar adalah sekadar hiasan sahaja


Ni la rupe spaghetti yang saya masak semalam. Ada mengancam tak?????


Haa??? Tak percaya???

Hahaahha... Well, memang pun. Gambar tu sekadar hiasan je. Yang saya punye dalam 60% daripada gambar tu. Okay what. Impressive la tu kan.

So bley imagine la kan cmne rupe spaghetti soup saya kan. Jangan kate plak tak pernah dengar speghetti soup tu ape ek. Kalo tak tau jugak sila tanye Mr. Google ye.

Disebabkan terlampau excited saya tak sempat pun nk ambik gambar. Dah masak je terus ngap,hihihihi...

Okay. Enough about Friday. Tutup cite Hari Jumaat.

Nk cerita Hari Sabtu plak.

Hari Sabtu macam biasa. Pepagi lagi dh keluar rumah mencari rezeki...eheheh.

Lepas je abis klas terus ke Mcd mengisi perut yang berkeroncong. Balik rumah. Makan. And tidooooooooooo,hehehee..

Bangun-bangun tido tetibe datang illham

Illham?????????

Hihihihi, ilham nk gunting rambut.

Macam halilintar, terus zassssss siap-siap and pergi gunting rambut. Macam tak sempat-sempat nk tggu minggu depan. Takde treatment-treatment pun. Sekadar pergi gunting di kedai nyonya je. Ni illham punye pasal la ni. Terus abis plan nk indulge diri sendiri mggu depan. Takpe-takpe, minggu depan laen cerita.

Kesimpulannya, saya suke rambut saya sekarang. Terasa macam kanak-kanak bile berambut begini,hihihihihi...

Panjangnye membebel. Macam takde motif je nk cerita perihal Jumaat dan Sabtu saya kt sini.

Maybe weekend saya nmpak macam memboringkan. Tak macam weekend kamu-kamu semua yang membaca blog saya ni. Tapi at least i'm happy for it. Best giler dapat melepak je sepanjang hari. hihi.

Baiklah. Tuan punye blog nk sambung berehat sambil membaca novel.


Till we meet again.

With love
illhamshiraz

p/s : Tinggal sehari je cuti. Isnin nk ke sekolah dh. Mmmmmmmmmh...

p/s : Tak sabar nk tggu gaji. My wishlist is like panjang berjela dah. Gaji oh gaji cepat laaaa...

Tuesday, March 9, 2010

Cacing kepanasan




Mmmmhh, sejak minggu lepas saya dh bermastautin di Lab saya sendiri. Selama ni pun memang Lab ni saya punye, tapi saya jarang duduk di Lab ni, sebab saya lebih suke duduk di Bilik Guru, banyak member, banyak gosip, banyak cerita. hehe..

Tapi disebabkan Bilik Guru yang dh macam oven sebab aircond rosak, saya gagahkan diri untuk berpindah. Tak mampu beb. Dhla dalam keadaan Malaysia yang sangat panas sekarang ni, duduk plak dekat tempat yg aircond rase macam heater, memang asyik nk berpeluh je.

Bile dh berpeluh mule la temperature asyik naik, memang tak pasal2 student la jadi mangsa. pantang salah sikit, memang nak kene la.. So sebagai langkah keselamatan untuk mengurangkan kadar pencakaran keta saya yang dh mule ade makhluk buat contengan manja, saya decide tuk berpindah last week.

Eventhough Lab saya bukanye ade aircond ke ape, tapi at least sejuk la skit. Ade kipas dush..dush pusing kt atas kepala saya,heheehhe... Kalo kt Bilik Guru, ade heater atas kepala saya. Mane bley tahan cmtu..

Tu kes kt sekolahhh...

Kalo kt umah plak, memang lagi tak bley nk blah la.. Panas Ya Rabbiii.... Kipas jangan cakapla. Memang berpusing tak kire masa, lepas mandi pun kene mengadap kipas dulu. Kalo tido tak mengadap kipas memang wasalam la, maunye bangun2 basah satu badan sebab berpeluh.

Tetibe semalam mule berkira2 nk beli aorcond pasang kt umah sewa saya tu. Tak tahan la panas. Dhla saya ni kategori orang yg memang tak suke panas. Macam rasa stress giler sebab dh mengantuk tapi tak boleh nk tido sebab panas,huhuhu..

STRESS tau bile tido dalam kepanasan. Memang tak nikmat la rase tido tu. Tido malam pun asyik nk terjaga je sebab kepanasan lepas tu mule la pusing2 summersault macam cacing kepanasan. Baru la paham kenapa cacing bile kepanasan summersault giler2,hehehehe....

Memang entry takde motif arini. Cume nk mengadu betapa panasnye Malaysia sekarang. Ade yang kate Malaysia dilanda kemarau la, El Nina la, macam2 la yang saya dengar. Dan ade jugak yang kate panas ni berlarutan sampai ke Bulan 6 nnti...Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Tetibe rase nk pindah negara plak..hahahhahaha...Dah dah lagi takde motif tu,hehehe...

Tapi kan saya teringat la masa g Jepun aritu. Mase kt sane dh nk mule musim sejuk. So kitorg yang baru sampai dr Malaysia ni memang agak tekejut la dengan perubahan temperature kt sane. Yela dari 31C ke 10C.. Memang la rase tak boleh nk survive je duduk dalam sejuk tu. Tapi after 2, 3 days kitorg memang dh boleh adapt la. Adapt pun tapi baju still berlapis,heheeh..

So mase kt Kiryu tu (kt umah Mr Nazrul yang baik hati,hehehe), ade satu meja hikmat ni. Memang setiap masa kitorg berhimpit2 nk duduk kt meja tu. Sampai nk tido pun rase nk tido je bawah meja tu,hehee. Semua bende yg kitorg buat mesti kene berhampiran ngan meja tu. Mesti pelik kan.

Sebenarnye meja tu act as heater. Kt bawah meja tu ade heater and bertindak macam heater2 yang laen. Disebabkan kt Jepun dorg style duduk bawah ngan meja rendah, so dorg invent la meja heater tu, sambil2 duduk makan, tengok tv, studi, sambil2 tu la panaskan badan. Memang masyuk giler kalo dapat duduk kt meja tu time2 sejuk.


Ni la gambar tuan rumah ngan meja hikmat tu,hehehe..
Nampak tak sambil makan pun nk berselimut...
Sebab meja tu memang hikmat,hahhaah...

So, kenapa tak kt Malaysia ni kite invent meja Aircond plak. kan best. Duduk sambil tgk tv, study ke, ade meja aircond sedia tuk berkhidmat menyejukkan kite. And yang penting macam jimat je, tak yah nk sejukkan satu bilik, sejukkan bawah meja tu je. Kalo panas, duduk je diam2 kt meja tu sampai rase sejuk. Elektrik pun tak yah la gune banyak, sebab lg bagus sejukkan meja kecik tu, dari sejukkan satu bilik yang besar. Kan . nape la scientist kite tak terfikir ek.


Eh, Mr Panasonic, Mr Haeir, Mr Samsung, Mr Toshiba ape kate korg try buat bende ni. Sure aku jadi orang first yang beli,hahahahahahaha...

Tapi macam applicable kt orang2 bujang je...heheheh.

Kalo yang dh kawen, kite buat katil aircond....wahhhhhhhhh!!!!!!!!!hahahahaha...

Okay, merapu dh ni...hehehehe..

Memang rasa macam cacing kepanasan la skang ni!!!


Till then

take off with love
illhamshiraz

Sunday, March 7, 2010

Clarins vs Clinique

Minggu depan dah start cuti sekolah seminggu. But still belum ade pape plan lagik.

Mmmmmh, nak buatpe ek seminggu tu??

Weekend mmg dh full dh, sebab banyak benor2 kawan2 yang kawen cuti sekolah. Mana yang mampu saya pergi saya pergi, yang laen tu mintak maaf la ye.Hihihihi....

Tapi kan nk berjalan sangat pun tak boleh jugak, gaji belum masuk lagi. Ish, macam tau2 je tak nak bagi aku menghabiskan duit.Ishhhhh...

Tapi takpe, walaupun gaji tak masuk lagi, ape kate kite window shooping dulu,hihihihi..


Sebagai permulaan... Nak mencari skin care product yang baru...Nak cari yg betul2 sesuai ngan kulit saya n yang paling penting, mesti lightweight n non greasy. Disebabkan akhir2 ni saya banyak berjemur dan mempunyai kulit yang sangat cepat sunburn membuatkan saya teramat la stress ngan complexion kulit saya sendiri.

Saya bukan la nk memutihkan kulit muka yang dh sedia ada gelap ni, it just that i want a more clear n toned skin. A bright n not a dull skin. So, mencari product yang sesuai bukan la sesuatu yang senang. Bukan macam memilih baju...Oooops, pilih baju pun susah,pilih kaen lagi senang,heeheh....

And since dh lame jugak saya survey n search kt internet ni, saya tertarik dengan this 2 product.

Clarins Intensive Whitening Botanical Program

This product formulated by the extracts of Snow Lotus (天山雪莲) — a reare and magical bloom revered for generations for its many wondrous healing properties. It has Two Steps through out the program

Step 1: Renewing Concentrate Protects skin against signs of ageing.

Step 2: Diffusing Whitening Concentrate Reveals translucent brightness of youthful-looking skin.

I was totally hooked up by this one. It's not that expensive kalo compare ngan Dior Snow or SK-II,hehehe.. Kalo yg tu memang saya tak mampu la,hehehe..


And another one is

Clinique Derma White

Tak tau la kenapa, tapi saya sangat berminat nk try sin care Clinique. Rase macam best. No specific reasons,hehehehe..Mengada kan.




Pape pun, kene g booth Clarins n Clinique dulu, tengok dulu cmne. And nk tengok jugak skin care yg laen, mane tau ade yg lebih best kan, sebab kadang2 salesgirl tu mempengaruhi tau.

Tapi yang paling penting sekali kene tggu gaji masuk, agagagagaag....


Kayla.......nk berehat dulu...


till then

take off with love
illhanshiraz

Monday, March 1, 2010

Kisah semut

Kembali ke sekolah.

Hari yang tenang dan saya memang nampak tenang pada luaran. Tapi hati saya sakit sangat. Tak tahu la kenapa.

Umpama tak boleh langsung melihat semut berjalan2 di atas meja saya macam tu la perasaan yang saya ada sekarang. Saya macam tak nak langsung melihat semut2 tu berjalan di sekeliling saya. Saya sakit hati sangat. Walaupun apa yang telah berlaku seperti benda kecil tapi hati saya memang masih terkilan. Saya bukan inginkan kata2 maaf, cuma saya mahukan kematangan bagi pihak di sana. Sungguh saya tak menyangka perkara seperti tu terjadi.

Mungkin salah saya tapi apalah saya ni, cuma manusia biasa. Saya bukan sempurna. Jadi kesalahan saya tu patut dimaafkan dan bukan disalah erti kan. Saya masih baru dan saya perlu dibimbing.

Tapi kadang2 semut2 yang di sekeliling juga membuatkan hati saya marah. Maaflah kalo saya berkasar. Kadang2 ia berlaku di masa dan tempat yang tidak sesuai. Saya memang manusia biasa tak mampu untuk mengawal segalanya.


Pagi ni saya datang ke sekolah dengan azam baru. Tapi macam sia2 je. Hati saya masih begini. Semakin banyak semut yang berjalan di sekeliling meja saya dan saya seakan susah untuk menerima kehadiran mereka di situ. Mereka tak bersalah cuma hati saya ini seakan menolak kehadiran mereka. Sampai bila saya mampu bertahan begini.


Baiklah. Saya akan nampak gembira dan menerima kehadiran semut tu pada luaran sahaja, tetapi dalamannye, BIARLAH RAHSIA.




p /s : Kenapa saya begini ??? Dulu saya tak begini.....Mmmmmmh..Masa telah mendewasakan kita

p /s : Rinduuuuuuu.............