Friday, July 16, 2010

--Batuk oh Batuk--

3 minggu lepas, salah sorg sepupu aku kawen. Maybe sebab cuaca yang panas and ditambah lagi dengan keenakan menikmati durian dalam kadar luar biasa masa weekend tu, so aku pun diserang demam, selesema, batuk dan sakit tekak. Pakej yang cukup lengkap.

Lama jugak la aku demam, dekat3, 4 ari baru okay. Selesema dalam seminggu lebey baru hilang. Yang tak tahannya ni, batuk ni still tak elok-elok lagi sampai sekarang. Aku dh naik rimas dah bila asyik batuk-batuk je.

Aku ni sebenarnya memang susah nk recover sikit kalo kene batuk ni. The last time aku batuk 3 bulan lebey baru hilang.So bila tengok keadaan aku sekarang ni, kalo tak diubat cepat-cepat and tak ambik precaution yang sepatutnya, aku yakin aku akan kena macam yang sebelum ni jugak. Tambah-tambah lagi, nak puasa ni. Gerun aku kalo batuk time puasa. Aku dah rasa dh dulu. Memang tersiksa giler. SUMPAH.

Jangan tak tau, masa tu dh berbotol-botol ubat batuk aku telan, dari yang hitam ke yang merah. Macam-macam rasa ubat batuk aku dh rasa. Doktor pun dh banyak doktor aku pergi. Dh siap X-Ray bagai sebab takut mana la tau kot-kot ade problem kat paru-paru. Madu lebah tu jangan cakap la, dah dekat sebotol aku telan. Masa tu ape je yang aku tak cube. Madu ngan limau, madu ngan kicap, macam-macam aku try. Tapi tak elok jugak.

Kalo nak diikutkan, batuk ni bukan la berjenis batuk yang berkahak ke ape. Cuma batuk kering. Tekak aku ni rasa gatal-gatal. Dulu doctor cakap aku kene jaga makan, sebab ada makanan yang aku tak boleh ambik. Memang betul pun kot, sebab after aku berpantang makan makanan yang doctor suruh avoid tu, alhamdulillah memang hilang batuk aku ni. Bayangkan la, masa aku pantang tu kebetulan bulan puasa pulak, so aku makan Quaker Oat je tuk sahur and masa berbuka pun makan sikit je, sebab macam-macam aku kena pantang. Tapi masa tu aku memang patuh giler, sebab nk elok punya pasal.heheheh..

Sekarang ni tambah pulak ngan kerja aku sebagai seorang cikgu,so paham-paham je la ,suara aku ni dikira aset paling penting sekali. Sekarang ni pun, masa mengajar, aku selalu stop-stop sebab batuk teruk. Agak susah la nak handle, kesian kt budak-budak. Tengah-tengah syok dengar aku bercakap, tetiba kene pause kejap.hehe.. Kalo nk marah budak pun tak feel, sebab tengah-tengah klimaks membebel kt budak, kene pause sekejap sebab nk batuk. Memang hilang terus feel nak membebal kt students,hihih..

And yes, doc ada cakap dulu, antara faktor yang buat batuk aku ni lambat hilang masa tu sebab aku mengajar guna kapur. Kapur tu ada habuk-habuk yang membantu menambah rate batuk aku tu. tapi memang aku setuju pun, macam sekarang ni bila mengajar memang aku batuk teruk, lagi-lagi kalo kt lab, sebab kt lab aku pakai kapur. Haiyaaaaaa.....

Memandangkan yang bulan Ramadhan pun tak lama lagi, aku tekad nk try berpantang macam dulu.

Ni antara list makanan yang aku kene avoid ;
  • Tinned/ Preserved food (Haiiih, baru je semalam aku beli satu plastik asam!!)
  • Cheese (banyak lagi dalam fridge tu..)
  • Burger ( minggu lepas je 2 kali aku makan Mcd,mmmmh...)
  • Hot Dog ( menu wajib kt rumah aku setiap weekend..)
  • White Bread (adoiiiii, matilah cmni.. Roti kan makanan ruji aku!)
  • Eggs (ha ni satu lagi...)
  • Banana (tak kesah pun sebab tak suka and tak makan pisang)
  • Pineapple (tak kesah pun!!)
  • Lobster (aku bukan orang kaya yang makan lobster ari-ari)
  • Prawns (Semalam baru lepas makan sambal udang Mak Yam..Heaven wehhh)
  • Chocolate (huhuhuhuhu............)
  • Yellow Coloured Soft drinks - Chrysanthemum, Sugar cane drinks ( Air tebu Gemas, aku akan merinduimuuuuuu!!!!)

Basically tu yang aku akan pantang makan dalam beberapa minggu ni. Kalo tengok balik, most of the foods memang makanan favourite aku. Adooooooiii, terpaksa la aku makan oat ngan susu je pasni. Sila beli susu HL banyak-banyak ye. Tapi takpe, tuk kesihatan diri sendiri, aku sanggup.hehehe.


So mari sama-sama berpantang. And dengan harapan dapat la kuruskan badan sekali,hihihihhi..


Wish me luck!

till then

take off with love
illahmshiraz


p/s : Actually aku tulis ni sebagai notes tuk diri sendiri. So that next time aku kene batuk cmni takdela aku kelam kabut cari notes yang doctor bagi kt aku dulu tu,hihihihihhi...

p/s : owh ye, kalo ade sape2 yg ade petua nk hilangkan batuk boleh jugak share ngan aku.

No comments: