Wednesday, September 15, 2010

"Roo Roo'

Salam Aidilfitri.

Walaupun dh terlewat beberapa hari, aku rasa masih belum terlambat tuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang datang menziarahi blog aku ni.


Aku tau, agak lama aku tak update ape2. Bukan takde cerita, cuma aku agak busy sejak bercuti aritu. And jangan cakap la, bukan setakat malas nk update blog, aku sangat jarang online sekarang ni. Tak tau la kenapa. Kadang2 terlupa yang aku ade blog n facebook. Aku macam rasa nk delete la blog ni, macam dh busan. Tapi bila fikir balik macam sayang plak, dh 2 tahun lebey aku menulis kt blog ni. Nnti la aku fikirkan. Rasanya, the best way is, aku kene hibernate diri aku sekejap. So bila dh ade rasa nk berblogging nnti, baru la aku update.


So, dh alang-alang aku rajin nk menaip malam ni, baik aku taip panjang sikit,heheh.

Okla, Raya tahun ni macam tahun-tahun yang lepas. Takde yang membezakan apa-apa, kebanyakkan rutin yang sama sejak tahun-tahun yang lepas. Cume raya tahun ni agak kurang meriah. Ramai yang takde. Adek kt Aussie, Along kt Lubnan, Dina kt London, Anjang beraya di Riyadh, Kak Nurul plak balik Melaka Abg Alim beraya kt Kuantan. So bila dh kurang dari kebiasaan, kanak-kanak nakal dan cute pun takde barula terasa sunyi gitu.

Lagipun dengan berita Pembunuhan Datuk Sosilawati, kite yang mendengar ni pun sikit sebanyak terjejas emosi. Lebih-lebih salah sorang mangsa tu kawan baik sepupu aku. Walaupun tak kenal, tapi terasa la jugak. Tak dapat nk bayangkan macam keadaan dan perasaan family dorg tu. Kalo betul la mereka semua dibunuh,Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat. Ameen.

Eh lupa plak. Aku baru je abis packing barang. So untuk seminggu lebey ni, maybe blog ni akan berehat. InsyaAllah, esok aku n family akan terbang ke Tanah Kanggarooo.. Hehehe, kitorang akan berholiday lebih kurang dalam 10 hari kt sana. InsyaAllah kami akan ke Melbourne, Gold Coast, Sydney, Canberra. Doakan kami selamat pergi dan balik.


Yabedabedoooooooooooooooooooooooo!!!!!!!!



till then

take off with love
illhamshiraz

No comments: