Wednesday, September 15, 2010

"Roo Roo'

Salam Aidilfitri.

Walaupun dh terlewat beberapa hari, aku rasa masih belum terlambat tuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang datang menziarahi blog aku ni.


Aku tau, agak lama aku tak update ape2. Bukan takde cerita, cuma aku agak busy sejak bercuti aritu. And jangan cakap la, bukan setakat malas nk update blog, aku sangat jarang online sekarang ni. Tak tau la kenapa. Kadang2 terlupa yang aku ade blog n facebook. Aku macam rasa nk delete la blog ni, macam dh busan. Tapi bila fikir balik macam sayang plak, dh 2 tahun lebey aku menulis kt blog ni. Nnti la aku fikirkan. Rasanya, the best way is, aku kene hibernate diri aku sekejap. So bila dh ade rasa nk berblogging nnti, baru la aku update.


So, dh alang-alang aku rajin nk menaip malam ni, baik aku taip panjang sikit,heheh.

Okla, Raya tahun ni macam tahun-tahun yang lepas. Takde yang membezakan apa-apa, kebanyakkan rutin yang sama sejak tahun-tahun yang lepas. Cume raya tahun ni agak kurang meriah. Ramai yang takde. Adek kt Aussie, Along kt Lubnan, Dina kt London, Anjang beraya di Riyadh, Kak Nurul plak balik Melaka Abg Alim beraya kt Kuantan. So bila dh kurang dari kebiasaan, kanak-kanak nakal dan cute pun takde barula terasa sunyi gitu.

Lagipun dengan berita Pembunuhan Datuk Sosilawati, kite yang mendengar ni pun sikit sebanyak terjejas emosi. Lebih-lebih salah sorang mangsa tu kawan baik sepupu aku. Walaupun tak kenal, tapi terasa la jugak. Tak dapat nk bayangkan macam keadaan dan perasaan family dorg tu. Kalo betul la mereka semua dibunuh,Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat. Ameen.

Eh lupa plak. Aku baru je abis packing barang. So untuk seminggu lebey ni, maybe blog ni akan berehat. InsyaAllah, esok aku n family akan terbang ke Tanah Kanggarooo.. Hehehe, kitorang akan berholiday lebih kurang dalam 10 hari kt sana. InsyaAllah kami akan ke Melbourne, Gold Coast, Sydney, Canberra. Doakan kami selamat pergi dan balik.


Yabedabedoooooooooooooooooooooooo!!!!!!!!



till then

take off with love
illhamshiraz

Thursday, August 26, 2010

Random

Alamak, dh pukul 1...Lagi sejam nk balik. Cmne ni, menu nk bula puasa arini takde lagi. Ayooooooo... Dahla aku g ajak Fari datang buka kt rumah,hihihihih.. Dh tau macam malas-malas nk masak, g ajak orang buka kt rumah. Padan muka aku,hehe.


Selalunya time-time cmni dlm otak aku ni dh siap dh menu nk berbuka, sebab lepas je sekolah, aku terus g kedai, beli pape barang yang patut. Tapi arini macam blur plak. Tekak ni pun macam takde rasa teringin nk makan pape. Penat dh aku dok belek blog orang lain, cari-cari idea nk masak ape arini.


Kalo ikut hati memang malas nk masak, sebab makan setakat 2 orang kan, tapi minggu ni aku dok asyik buka luar je, dh rasa boring plak. Nk beli lauk kt Pasar Ramadhan, aku macam tak berapa nk suka. Kadang-kadang ntah rasa ape lauk tu. Macam semalam, aku beli sambal sotong tuk sahur. Ya rabbi, masin siot. Terbantut selera aku nk makan, alih-alih aku g goreng telur. Haihhhh, ntah bapa gelen orang tu letak kt dalam sambal tu pun aku tak tau. Tu yang aku malas n beli lauk-lauk ni, tak jamin rasa cmne. Aku bukan la jenis yang memilih makan, tapi kalo dh lauk takde rasa, baik la tak yah beli kan, baik aku amsak sendiri ikut citarasa aku sendiri.


Ape nk masak ni????


Maybe, black pepper chicken, tapi dok makan ayam je.. Muak la plak.

Takpun, sambal telur... Muak jugak.

Mmmmmmmh, Nasi Goreng Sardin la,hehehehehe..

Tapi macam tak feel plak buka puasa makan nasi goreng. Haihhhhh..



Ape ni Shaaaaa oiiiiiiiiiiiii...

Bersamamu

Salam

Sebenarnya takde ape yang nk dituliskan. Cuma aku rasa nk berkongsi sikit la sesuatu arini.

Minggu lepas aku ade tengok cerita Bersamamu kt Tv3 tu. Walaupun pada kebiasaannya, cerita tu bukanla antara cerita favourite aku, sebab aku memang jarang giler tgk cerita tu, tapi minggu lepas, aku macam tergerak hati nk tengok. And minggu lepas, Bersamamu tentang Misi Gaza.


Ya Allah, tersentuh giler hati aku tgk cerita tu, macam mana umat Islam Palestin ditindas dari tanah air sendiri. Mereka menumpang macam pengemis di tanah air mereka sendiri.


Semalam, aku bersungguh-sungguh balik awal lepas berbuka sebab nk tgk Bersamamu. Kali ni, memang tunjuk rakaman masa krew Bersamamu ke Lubnan untuk tgk kehidupan masyarakat Palestin kt sana.


Rasa sedey sangt bila tengok tu, macam tak sampai hati melihat penderitaan dorg.


And sebenarnye, aku nk sangat berkongsi tentang Kisah Sabra-Shatilla. Aku pun tak berapa pasti tentang kisah ni, terjadi dalam tahun 1982. Mengikut ape yang diceritakan, terjadi pembunuhan beramai-ramai kaum wanita dan anak-anak kecil di satu kawasan yang dinamakan Sabra Shatilla. Dan pembunuhan ni dianggap antara sejarah terburuk Palestin adan dikenang sehingga ke hari ini.


Aku masih lagi dalam proses mencari dan membaca tentang kisah ni. InsyaAllah, ade kelapangan nnti, aku akan kongsikan disini.


till then

take off with love
illhamshiraz

Wednesday, August 25, 2010

Last weekend

Mmmmh, lame betul tak mengupdate ape-ape kt blog ni. Ari-ari bukak blog ni sebab nk tgk traffic and then baca blog orang lain. Name nk mengupdate blog sendiri, takdenye.


Well, takde interesting story pun.


Last Saturday ade kenduri berbuka puasa kt rumah aku. Macam biasala, setiap tahun pun macam tu. Alhamdulillah, everything went well. lauk cukup, sedap rase (thanks to Dila sebagai tester tak bertauliah,hehehe)selection of food and kuih pun marvellous. And Kebab Melawati yang sangat banyak sampai airini pun tak habis makan,hihhi.


Actually ade gak orang yang bertanya, kenapa setiap tahun buat kenduri buka puasa tu. Dalam family aku bende ni dh jadi macam tradition. Aku pun tak tau kenapa and sejak bila. Tapi seingat aku, dari aku sekolah rendah family aku dh buat. Kitorg panggil orang kampung datang buka puasa and buat khatam quran sekali. Then barula terawih sama-sama. And secara tak sedar, bende ni la yang kitorg dok tunggu-tunggu setiap tahun. Rasa excited je bila nk masak, n kemas-kemas rumah and yang paling penting,bila kena keluar and lap pinggan mangkuk.hihihih. (tu kerja tak bertauliah kami tu). Tapi memang sumpah fun sebab semua berkumpul. Rasa macam Pre-Aidilfitri celebration..chewahhhh....


So, bila dh settle kenduri tu, baru pikir pasal raya. Sekejap je kan dh 14 hari kita berpuasa. Haishhhh, duit raya macam kene potong je tahun ni...hahahah..tetibe je...


Okayla. Just a simple updates from me. Sebenarnye aku tengah mengantuk tahap giler ni. Tanda Paper Trial mana tak mengantuk. Rasa macam nk letak tilam n bantal je kt lab ni. Dhla kt luar tu panas, lagi terasa la mengantuk ni. Takpe-takpe, lima minit lagi balik, so bley tido puas-puas,hihihi...


Eh, berbuka ape arini????


Dari last week dok teringin nk makan murtabak Singapore yang macam kt Kg Majidee JB tu. Tapi tak jumpe plak yang macam tu. Kalo kt Seremban, nama je murtabak singapore, tgk rupe pun dh reject awal2. Haishhhhh.. Takpela, ptg ni nk usaha g Segamat. hopefully ade yg menepati citarasa ku ni..


Tahun ni aku belum ade favourite food lagi. Tapi macam tahun-tahun lepas jugak, aku setiap hari kene ade air soya. Yang tu jangan cakap la, bulan tak puasa pun hari-hari aku minum air soya.hihihi. Tapi favourite food belum jmpe lagi.Macam tahun lepas, setiap hari aku nk makan dadih n kuih sagu mata ikan. Tahun ni, kuih sagu mata ikan tu pun aku tak lalu nk makan.


Tapi tadi tgk blog PD, ternampak plak kuih kaswi.

Alamak, terliur la plak. Nampak macam sedap jeeeeeeeee



Mak ngah nk kuih kaswi sedulang pleaseeeeeeeeee!



till then

take off with love
illhamshiraz

Friday, August 20, 2010

F.R.I.D.A.Y

I am definitely H.A.P.P.Y

because
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
it's F.R.I.D.A.Y


Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!

Thursday, August 19, 2010

"Menu berbuka"

Salam.

Arini dh hari ke-9 umat Islam berpuasa. So kalo tgk blog2 orang lain, ,masing2 dh sebok post entry pasal makanan tuk berbuka. And yg bestnye sebab ade resipi sekali and kalo rajin boleh je nk cuba kan.

Since sekarang ni aku berpuasa sebagai orang bujang, nak tak nak aku kena la masak sikit tuk berbuka. Bukan la nk masak lauk yg gah-gah macam Nasi Beriani ke, Nasi tomato ke, Ayam rendang ke (tu pun ko nk kate gah ke??) cukupla setakat yg simple2 yang boleh kenyangkan perut aku ngan housemate2 aku.

Aku memang kureng sikit bab masak2 ni, tapi sekarang ni aku memang tak boleh nk beli makanan kt Pasar Ramadhan tu, tekak aku tak boleh nk terima la. Kadang2 nampak je sedap, tapi bila rase, ya ampun. Aku yg tak tau masak ni pun kalo disuruh amsak tak horor cmtu sangat aku rasa. And tu tak masuk lagi yang kes aku kene cirit birit sebab beli makanan kt pasar ramadahan tu. Haiishhhh, cukup la. Tobat dh aku.

So sekarang ni tiap ari aku akan masak sendiri. masak simple2. And resipi pun aku cari sesimple yg mungkin. Yg remeh2 aku memang tak kan try la. Mana taknya, baliks ekolah aku pulun tido dulu, dekat pukul 6 baru nk kelam kabut bangun, takde maknenya aku nk masak susah2. Masak style campak2 cukupla.hehehe.

Semalam aku buat koew teow goreng je. Pemalas, I know, haahahahah.. And sahur pun koew toew goreng jugak. Pemalas lagi sekali, hahahaha..

Okay, arini aku memang nk proper masak.

Dalam mind, aku macam nk masak Sambal Telur Puyuh. Hahahahah,ambik ko, simple konon. Pastu mcm nk buat sup sayur. And since tepung kastard banyak lagi, macam nk buat Puding Kastard la plak tuk desert,hihihihi..


Over sangat ke menu aku arini??????

Tuesday, August 17, 2010

Pulang cepat, please..

Semalam sambil jalan2 melawat blog orang, aku pun masuk la blog Zahiril Adzim

Sape tak kenal die? Pelakon popular yang aku mula2 kenal masa tengok cerita kami kt 8tv dulu. Lepas tu kalo tak salah, berlakon plak dalam drama Merah Putih kt tv3 and banyak lagi la. Tapi yang pastinya dia lebih banyak bergiat dalam teater. yang tu aku mmg tak berapa tau sebab aku bukan la orang teater.

Actually aku dh lama follow blog die, and aku suke cara die menulis blog. Sangat jujur.

And dalam banyak2 post die, entry die yang semalam memang membuat hati aku cair.

Puisi yang die tulis memang meaningful, mendalam sangat2..heheheeh.. Tibe2 lepas baca tu menjadi jiwang karat sekejap,hahahah..

Kalo la kau ade ability and talent tuk menulis sebaik tu, aku memang bersyukur sangat.

Selalunya aku ade banyak idea,end up aku selalu tulis merapu and ayat aku jangan cakap la, memang tak tersusun langsung. Aku selalu tak dapat nk luahk atau tulis apa yang aku rasa dalam bentuk ayat2 yang indah.

Actually ayat yang indah tu bukan semestinya ayat yang berbunga2, cukup la sekadar ayat yang simple yang dapat menyampaikan semua bende yang kita nk sampaikan dalam keadaan yang penuh maksud. Cmtu la lebeh kurang.


Ape pun, sila la bukak link ni and baca Itu Ada Jawabnya. Aku tak tau la nk klasifikasi sebagai puisi ke ape, tapi memang sangat best. SERIUS!!!!!


ps : Kalo la Mr Lego bg puisi cmni kt aku. Maunye aku menangis bercucuran airmata,hahahahaah.. Sangat touching okay!