Wednesday, March 23, 2011

Alhamdulillah

alhamdulillah... syukur ke-hadratnya..

hari ni aku diberikan satu berita gembira yang aku nantikan selama ni. berita yang aku tak jangka dan membuatkan aku tersenyum satu hari ni.

seperti yang semua tahu, keputusan spm diumumkan pagi ni. dan alhamdulillah, target yang aku sasarkan tercapai.. 100 percent pelajar aku lulus mata pelajaran fizik dan 18 orang mendapat a.. secara keseluruhan percentage adalah meningkat dr thn lepas..

aku sangat gembira.. tak menjangka pun akan mendapat result sebegini baik. fizik bukanlah mata pelajaran 'favourite' bg pelajar2 aku.. tp alhamdulillah,berkat usaha aku dan kesungguhan pelajar2 aku,alhamdulillah,berjaya juga melepasi target.

alhamdulillah sekali lg. atas segala kesedihan yg aku tanggung beberapa hari ni,akhirnya ada satu kegembiraan yg allah kurniakan kepada diriku,satu kegembiraan dan kepuasan yg kekal,bukan satu kebahagiaan yg sementara. semua ni akan aku jd kan dorongan tuk mencapai keputusan yg lebih cemerlang di ms akan datang.


ps : aku ingin berkongsi kegembiraan ni dengan 'dia'. tp sayangkan 'dia' tiada disisi aku ketika ni. 'dia' berada jauh bersama org yg 'dia' sayangi dan keluarganya.. semoga 'dia' berbahagia.

Wednesday, March 2, 2011

Senja Nan Merah


on d way blk umah.. pnat

Tuesday, March 1, 2011

Pos Malaysia


haihhh..kenapa la service amat lmbt. kenapa la kene tggu lama sgt.. haduihhh..tak tahan aku dibuatnye..

sekarang setiap ari nk update blog with a picture..azam bulan mac..semoga berjaya..

Monday, February 28, 2011

Kekenyangan


wohaaa..aku asyik makan je skang ni..semakin gemuk la cmni.. but sape bley menahan tuk makan the best ns kandar in nilai..

br lepas makan n kekenyangan...sangat heavan sbb dh 3 mggu teringin n sebut2 nk mkn ns kandar lawood ni..at last arini aku merajinkan diri pegi nilai and satisfied my own taste buds...yeeayyyy..clap..clap..

am happy sbb arini x yah msk sekolah sbb ade meeting.. double yeayyyyyy!!!!..

sbb terlampau excited,dh mkn br terigt nk ambik gambar... so ade gambar pggn ksg je la,heheheheh...



Sunday, February 27, 2011

Sunday yg Boring


menghiasi sunday yg boring dgn pegi berjogging kt city park s2. lepas jogging 3 round,sangat penat n berpeluh2. so relax smbl mencuci mata melihat jejaka2 yg sgt ramai..

fine. dh hilang boring.

jom balik

Friday, February 25, 2011

Thursday, February 24, 2011


heheheh..mari mengupdate blog smbl menikmate breakfast..

nyum...nyum...perut kenyang hati gembira...lalalalalala


live post from my bb.. €€

Monday, February 21, 2011

stressssss!!!

aku stressss!! aku stressss!!! aku sangat stresss!!

aku 'kurang suke' sekolah baru ni..

aku stress okayyyy... boleh tak bg keja tu sikit2..aku bukan robot. aku dh smpai tak tau nk start buat keja yg mana. everything seems mcm sgt banyak!

nangis la cmni...

sangat tak heppy...

Thursday, February 17, 2011

emotional crisis

Aku tak tau la kenapa, lately ni emosi aku memang sgt tak stabil. Even period cycles aku pun dh semakin menggila.

Adakah sebab aku terlampau stress ngan keadaan kerja kt sekolah yang terlampau tak menentu? or aku terlebey stress dgn masalah peribadi aku sendiri?

Aku betul-betul takde jawapan tuk soalan aku tu.

Memang keadaan life aku sekarang sangat terumbang ambing. Terlampau bermacam-macam dan terlampau bercampur aduk. Semua serba tak kena. Tahun 2011 dalam hidup aku dimulakan dengan keadaan yang agak kelam kabut.

Aku rasa ni semua dugaan tuk aku.

Aku yakin ada hikmah disebalik semua ini.

Semoga aku bertambah kuat untuk menghadapi kehidupan aku ini.

Ameen.

Saturday, February 12, 2011

Hibernasi yang terlalu lama

Salam.

lama sungguh aku berhibernasi dan melupakan dunia blogging. Bukan setakat blog sendiri dibiarkan bersawang, blog-blog yang aku follow pun aku dh jarang aku bukak. Aku dh semakin jauh dr dunia blog. Aku pun tak tau kenapa aku sgt malas nk membaca blog lately ni.

Semuanya bermula masa hujung bulan 12 aritu. Masa tu aku mmg melarang diri aku dr online kecuali 'ym' sebab masa tu aku memang betul-betul terikat dengan tugas menanda kertas SPM. Bayangkan la nk menanda hampir 300 skrip soalan dalam masa 2 minggu. And plus masa tu pulak aku macam kene penyakit angau, masa aku tuk membaca blog and update blog semakin terhad.

Bila marking dh siap, minggu terakhir bulan 12 aku terlalu sibuk menguruskan perpindahan aku balik ke Seremban. And disebabkan ade masalah, hampir setiap hari aku berulang ke PPD tuk uruskan sekolah yang nk menerima aku. And alhamdulillah sehari sebelum sekolah bukak, aku dapat jugak ditempatkan di sekolah baru.

Masuk je Januari, Masuk je ke sekolah baru, terkena kejutan budaya. First sebab sekolah baru tu sesi petang. Secondly sekolah aku tu masih menumpang, so agak payah nk membiasakan diri ngan keadaan yg sangat rumit mcmtu. And bilangan guru yg sedikit menambah beban kerja aku sampai aku rasa nk quit je jadi cikgu.

And now dh Februari. keja masih banyak. Tapi alhamdulillah aku manage tuk adapt ngan keadaan baru ni.


Okay. itu hal kerja. Hal peribadi. Macam biasa ada turun dan naik. And sebab ade hal peribadi ni la aku semakin jauh dr dunia blogging. Masa semakin terhad. Ceh tetibe je.. hahahahaha...


Walaupun aku sgt nk cerita perkembangan peribadi aku kt sini, bercerita tentang hati dan perasaan, suka dan duka, tewa dan nangis aku, tp aku tau aku tak boleh nk buat cmtu. Life aku sgt complicated sekarang ni. Aku tau ramai yg baca blog aku ni kenal aku, so aku taknak la menjaja cerita2 peribadi aku kt sini. Aku malu nk menceritakan kedudukan aku sekarang ni. Aku hanya mampu menyatakan bahawa life aku sgt complicated sekarang ni. And aku meminta kekuatan tuk membuat pilihan yang terbaik tuk masa depan aku sendiri. InsyaAllah.


Dan dalam masa yang sama, aku sangat bersyukur sebab ada 'seseorang' itu yg sudi meminjamkan telinga tuk mendengar semua masalah aku dan banyak memberi kekuatan tuk aku dalam menghadapi semua ni. Aku bersyukur sangat sebab mengenali die pada saat dan ketika ini. Aku harap hubungan kawan kitorg ni akan berkekalan. And walaupun kitorg tak kenal rapat, tp aku selesa menceritakan semua kepadanya. Alhamdulillah, aku semakin kuat sekarang.


Cukup la kot smpai sini.

Weekend ni aku sgt busy. Banyak aktiviti. Aku igt nk kembali rajin berblogging la. Nk kembali mengikuti blog-blog pujaan aku dulu and dalam masa sama mengupdate blog sendiri,hehehe...

Btw, sekarang dh pkai BB. sangat happy sbb sgt suke BB Bold aku!!



nite alll
love shiraz

Sunday, January 23, 2011

No Man No Cry

heheh...tajuk berbentuk emosi.

owh, tidak, saya tak emosi.

just nk cakap, no man no cry la. aku tak kesah pun!!!

hahahahahahahahah....

Tuesday, January 18, 2011

lunch hour

testing....testing....

heheh.. bersiaran secara langsung terus dr meja makan,heheh..

Tuesday, January 11, 2011

1 - 2011

Selamat Kembali!


Hahahah..Aku dh mengabaikan blog aku dekat sebulan. Bukan blog saja yg terabai. FB aku pun terabai. Banyak story mory nk dikongsi. Tapi kene tggu dulu sebab bila masuk sekolah baru, menjadi orang baru, memang banyak keja skit. Dhla sekolah sesi petang. Masih ssh nk adapt and end up tiap pagi bangun pukul 9,hehehe..


Later i'll update okayy...

Rindu nk bercerita kt blog sendiri,hihihih

Friday, December 3, 2010

SPANX Meeeeee!!

Hahahahaa.. SPANX ku sudah tiba tadi.



Happy happy happpy..hoyeayyyyyyyyh!!


Eh sudah2 la tu,memang dari pagi lagi aku happy.

Tapi bila tetiba posmen mengetuk pintu rumah, hahahaha,drama je sampai nk ketuk pintu rumah. En posmen bunyik loceng je.

Aku dh agak dah, mesti ade parcel tuk aku. Inilah akibatnye bila bercuti lama2 kt rumah and in the end duit terkopak sebab online shopping. Mungkin lepas ni semakin bergiat dalam aktiviti online shopping ni sape tahu, sebab terasa bahagia bila barang tu sampai depan mata.hihihih..


So aku dh menerima Spanx yg aku beli online kelmarin. And terus cepat2 mencuba sebab terlampau excited.


And yes. I love it to da maxxxxx you! memang best and comfortable. Esok aku akan mencuba sepanjang hari ye. Kita tggu dan lihat betul2 best ke tak.


note : sape berminat bley cek sini. Even mahal sikit tapi dorg ade ready stock. So kalo nk beli cepat2 memang takde masalah.

Thursday, December 2, 2010

Momento

THURSDAY, DECEMBER 2, 2010


Banyak momen indah terjadi arini. Banyak sangat sampai perasaan aku arini macam bercampur aduk. Sedey, happy, terharu, excited and macam2 lagi. Malas nk list out panjang-panjang. Lagipun aku rasa aku je yg tau and paham kot.



And today adalah paper Fizik SPM 2010.


Pagi lagi aku dh ke Gemas tuk melihat2 students aku. And terjumpa kawan-kawan lama. Ecehh,hehehe..lama la sangat tu. Bila berjumpa macam2 cerita keluar and lepas settle everything aku pun balik.

Masa tu la aku dapat rasa yang perasaan aku bercampur aduk. Aku rasa feeling aku masa drive balik tadi sangat syahdu. Tak tau la kenapa. Even masa last day of school aritu pun tak cmtu aku rasa. Mungkin perasaan berat hati nk meninggalkan kawan-kawan yang aku sayang tu baru terasa tadi kot. Mmmmmmh.Mungkin la.


And lepas tu lg macam-macam perasaan aku rasa. Yang tu tak yah cakap banyak la. Kan aku dh cakap. Life is complicated. So tak yah tanya kenapa dan mengapa.


Tadi ada seseorang cakap yang aku ni seorang yang terlalu memikirkan pasal semua bende. Everything aku nk fikirkan, even bende yang kecik.

Adakah tu petanda tak baik??? Mungkin sebab tu kot life aku menjadi semakin complicated sebab aku terlampau memikirkan pasal semua bende. But i don't denied it. Aku mmg rasa aku seorang yg cmtu.

What do people called this??? Perfectionist ka?? Paranoid ka?? Haihhhh, kene google sikit ni.


note : Sangat2 berharap dh achieve result yg lebih bagus dr tahun lepas. InsyaAllah.

Wednesday, December 1, 2010

Setahun yang Lepas

Adalah antara saat indah dalam hidup aku..chewahhhh.hahahaha.


Aku bukan berkahwin, bertunang or dirisik.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Cume setahun lepas aku menambah pengalaman hidup aku bila berpeluang pergi ke tempat2 yang tak pernah ada dalam list "wanted" aku ni pun. And yes, now aku sangat suke tempat2 ni dan sangat berharap tuk pergi lagi. Hopefully bank account aku mengizinkan la lps ni ye.hihih.



Aku rindukan dedaun merah ni.
Autumn i will always love u!


And the gorgeus beach of Datai



Ini adalah setahun yang lepas. Tahun ni tak kemana. Duduk rumah je simpan duit tuk next trip Hoyeahhhhhhhhhhh!!!!!!..



note : Berjalan2 blog orang, ternampak daun2 merah, terus rindu kan autumn in Japan.

Monday, November 29, 2010

Cinta Monyet

Oh well. Weekend ni aku sangat emosi okay.


Hahahah..bukan la emosi sampai nangis2, cume ade beberapa insiden antara aku dan ****** yang membuatkan emosi aku kurang stabil sikit.


And dalam masa yang sama jugak aku terjumpa balik sorg kawan sekolah menengah aku kt FB. Macam2 cerita yang keluar. Yang kelakar yang sedey semua ada. Ye la, after almost 9 years tak jumpe,mesti la banyak cerita kan. Pasal life die,life aku. Eventhough masa sekolah dulu, aku takde la rapat sangat ngan die, tapi suddenly bile berjumpa balik kt FB ni tetiba kitorg macam dh kenal lama plak. Haihhhhh..hehehe..


And yang paling kelakar dan mengejutkan aku, cerita 9 tahun lepas pasal aku ngan die pun keluar balik. Kisah2 cinta monyet kitorg.hahaha. Eh, nope, bukan kisah cinta monyet kitorg (die ade awek masa sekolah dulu) tapi kisah yang aku penah minat die masa sekolah menengah dulu. Hahahah.Okay.Malu sekejap*Blush*


Bile cerita2 macam ni diceritakan balik, rasa macam malu gile. Naive sangat2 masa tu. Tapi biasala budak2 umur macam tu, gatal gedik tu semua ada and masa tu mesti nk ade minat kt someone. Tapi aku tak ambik serius pun hal2 ni,sebab masa tu dh menjadi trend budak2 perempuan sekolah aku tuk ade Secret Admire sampai 4, 5 orang. Aku pun sama naik ngan kawan2 aku.heheheh. Lepas sekolah bende tu pun aku dh tak ingat. Sampai la die yg bukak cerita ni balik semalam. Eh, tapi tak nafi la, dalam ramai2 admire aku, die ni la aku rasa aku paling suke, sebab masa tu aku dh Form4, dh besar sikit.hahaha.


And apa yang die beritahu aku semalam mmg betul2 mengejutkan aku,heheh. Tak sangka plak aku, dia akan menjadi sebegitu jujur semalam. But life ain't that simple. He got his own life now, dh ade gf dh pun and dh plan nk kawen tahun depan. So as a friend, aku doakan la kebahagian dorg. Ameen.


Me? Kita tggu dan lihat je la.


note : Semua orang pun aku rasa pernah ade pengalaman cinta monyet ni kan,hahahaah..

Saturday, November 27, 2010

Dah LULUS!!

Alhamdulillah.


Aku LULUS Kursus Induksi Ambilan 1/Kump 1 2010.



Next step. Kena tggu Keputusan Tapisan Keselamatan plak.



note : Sape yg nk cek, bley cek kt sini.


Thursday, November 25, 2010

Coffee Caffeine Nescafe

Hye..

Wahhh,asyik nk update je. Nampak sangat takde keja kan,benda merapu pun nk update..hahaha.


Disebabkan sekarang ni aku tengah bercuti macam bebudak sekolah bercuti panjang cikgu pun tumpang gembira dapat bercuti panjang,heheheh so aktiviti aku 24/7 adalah internet. Minus tido makan kemas rumah masak lipat baju dsb rasanya aku spent lebih kurang 8-9 hours merambang kt internet tanpa arah tujuan. Biasanya aku akan melompat dari satu blog ke blog yang lain sampai la aku jmpe blog yang aku betul-betul berkenan. Kalo dah berkenan tu memang lagi tak bergerak la aku ni, aku akan baca sampai la ke entry pertama orang tu. Kira macam aku khatamkan blog orang tu terus.

Contohnya malam semalam, aku terjumpa blog ni, rasa macam interesting and terus baca and baca sampai la ke penamat. Sedar-sedar dh khatam blog tu aku baca. Kalo la aku mengaji macam tu punye rajin, sure baguskan,hihihih...


Eh sebenarnye aku bukan nk cerita pasal blog orang lain.


Aku nk cerita pasal betapa teruknya addiction aku terhadap coffee sekarang ni.

Yang aku perasan, bila aku dekat rumah, aku semakin menjadi-menjadi minum coffee@nescafe. Sehari boleh sampai 3-4 gelas. Sape nk lawan. Pagi petang malam, sampaikan bile aku rasa haus je aku nk minum nescafe.


Eh aku risau sebenarnya. Sebab tadi aku terbaca,

"caffeine's bad for you and slows down your metabolism which makes you shack up on fat easier"
sumber : sini

Amboi, siap besarkan font and merah tu petanda BAHAYA!


Dahla masa tengah baca ayat tu aku tgh sedap meneguk nescafe aku which is gelas yg ketiga tuk arini. Sebelum rasa bersalah terhadap diri sendiri makin bertambah, aku terus cepat-cepat habiskan nescafe tu. Pergh..Rugi beb kalo tak habiskan.heheh.


Owh, yang ni favourite aku. Kali sehari tak dapat, aku boleh bengong seharian.



Kalo masa drive balik Seremban plak, mesti nk beli yang ni. Favourite aku Black Roast.



Bila pikir-pikir balik memang caffeine ni tak bagus tuk badan kita. No wonder la badan aku banyak fats yg berlebihan. Adoiiii. Kene tukar la cmni. So akan mempertimbangkan tuk menukar minum tea plak lepas ni.


ROSE TEA......


JASMINE TEA......


LYCHEE TEA........


MINT TEA.....

Ntah ape lagi tea ntah,hahahhahaa....



Pagi esok nk minum Tea. Berangan sudah. Pagi-pagi esok sure bende ni first aku cari.
HEAVEN!



Dh. Jom tido.


Nuffnag Babeh!

Yes, after 2 years of blogging, baru la hari ni terbuka hati nk join Nuffnag. Ntah macam mana pagi tadi boleh dapat illham nk sign up Nuffnag and masa tu jugak terus sign up.


Eventhough my blog ni takde la best mana, tapi sebab semua orang ade nuffnag, aku pun nk jugak la ada nuffnag. Kot2 la boleh dapat earnings banyak,hihihhi...


So to all my readers rajin-rajin la masuk blog aku ni. bila dh masuk tu, rajin-rajin kan la diri nk jawab polls kt sebelah tu, and nnti bila dh ade ads, rajin-rajin plak la klik ads kt tepi-tepi tu.


Kalo earnings aku banyak, korg jugak yg untung, boleh aku belanja nnti,hehehe...


Disebabkan aku sekarang duduk kt rumah, yang memang internet connection sentiasa ada, so rajin skit la nk update blog ni. Lagi banyak aku update, lagi bagus, sebab korg mesti lagi rajin klik kt blog aku kn, hihihih..


Go go Nuffnag!