Salam.
lama sungguh aku berhibernasi dan melupakan dunia blogging. Bukan setakat blog sendiri dibiarkan bersawang, blog-blog yang aku follow pun aku dh jarang aku bukak. Aku dh semakin jauh dr dunia blog. Aku pun tak tau kenapa aku sgt malas nk membaca blog lately ni.
Semuanya bermula masa hujung bulan 12 aritu. Masa tu aku mmg melarang diri aku dr online kecuali 'ym' sebab masa tu aku memang betul-betul terikat dengan tugas menanda kertas SPM. Bayangkan la nk menanda hampir 300 skrip soalan dalam masa 2 minggu. And plus masa tu pulak aku macam kene penyakit angau, masa aku tuk membaca blog and update blog semakin terhad.
Bila marking dh siap, minggu terakhir bulan 12 aku terlalu sibuk menguruskan perpindahan aku balik ke Seremban. And disebabkan ade masalah, hampir setiap hari aku berulang ke PPD tuk uruskan sekolah yang nk menerima aku. And alhamdulillah sehari sebelum sekolah bukak, aku dapat jugak ditempatkan di sekolah baru.
Masuk je Januari, Masuk je ke sekolah baru, terkena kejutan budaya. First sebab sekolah baru tu sesi petang. Secondly sekolah aku tu masih menumpang, so agak payah nk membiasakan diri ngan keadaan yg sangat rumit mcmtu. And bilangan guru yg sedikit menambah beban kerja aku sampai aku rasa nk quit je jadi cikgu.
And now dh Februari. keja masih banyak. Tapi alhamdulillah aku manage tuk adapt ngan keadaan baru ni.
Okay. itu hal kerja. Hal peribadi. Macam biasa ada turun dan naik. And sebab ade hal peribadi ni la aku semakin jauh dr dunia blogging. Masa semakin terhad. Ceh tetibe je.. hahahahaha...
Walaupun aku sgt nk cerita perkembangan peribadi aku kt sini, bercerita tentang hati dan perasaan, suka dan duka, tewa dan nangis aku, tp aku tau aku tak boleh nk buat cmtu. Life aku sgt complicated sekarang ni. Aku tau ramai yg baca blog aku ni kenal aku, so aku taknak la menjaja cerita2 peribadi aku kt sini. Aku malu nk menceritakan kedudukan aku sekarang ni. Aku hanya mampu menyatakan bahawa life aku sgt complicated sekarang ni. And aku meminta kekuatan tuk membuat pilihan yang terbaik tuk masa depan aku sendiri. InsyaAllah.
Dan dalam masa yang sama, aku sangat bersyukur sebab ada 'seseorang' itu yg sudi meminjamkan telinga tuk mendengar semua masalah aku dan banyak memberi kekuatan tuk aku dalam menghadapi semua ni. Aku bersyukur sangat sebab mengenali die pada saat dan ketika ini. Aku harap hubungan kawan kitorg ni akan berkekalan. And walaupun kitorg tak kenal rapat, tp aku selesa menceritakan semua kepadanya. Alhamdulillah, aku semakin kuat sekarang.
Cukup la kot smpai sini.
Weekend ni aku sgt busy. Banyak aktiviti. Aku igt nk kembali rajin berblogging la. Nk kembali mengikuti blog-blog pujaan aku dulu and dalam masa sama mengupdate blog sendiri,hehehe...
Btw, sekarang dh pkai BB. sangat happy sbb sgt suke BB Bold aku!!
nite alll
love shiraz
No comments:
Post a Comment