Wednesday, March 23, 2011

Alhamdulillah

alhamdulillah... syukur ke-hadratnya..

hari ni aku diberikan satu berita gembira yang aku nantikan selama ni. berita yang aku tak jangka dan membuatkan aku tersenyum satu hari ni.

seperti yang semua tahu, keputusan spm diumumkan pagi ni. dan alhamdulillah, target yang aku sasarkan tercapai.. 100 percent pelajar aku lulus mata pelajaran fizik dan 18 orang mendapat a.. secara keseluruhan percentage adalah meningkat dr thn lepas..

aku sangat gembira.. tak menjangka pun akan mendapat result sebegini baik. fizik bukanlah mata pelajaran 'favourite' bg pelajar2 aku.. tp alhamdulillah,berkat usaha aku dan kesungguhan pelajar2 aku,alhamdulillah,berjaya juga melepasi target.

alhamdulillah sekali lg. atas segala kesedihan yg aku tanggung beberapa hari ni,akhirnya ada satu kegembiraan yg allah kurniakan kepada diriku,satu kegembiraan dan kepuasan yg kekal,bukan satu kebahagiaan yg sementara. semua ni akan aku jd kan dorongan tuk mencapai keputusan yg lebih cemerlang di ms akan datang.


ps : aku ingin berkongsi kegembiraan ni dengan 'dia'. tp sayangkan 'dia' tiada disisi aku ketika ni. 'dia' berada jauh bersama org yg 'dia' sayangi dan keluarganya.. semoga 'dia' berbahagia.

1 comment:

London Fashion Store said...

setinggi-tinggi tahniah to you! ilmu yg disampaikan dgn baik telah dipermudahkan oleh Allah utk masuk kedalam hati dan minda pelajar2 u ;)
tumpang bangga jugak hehe...:D