Hye...
Sedar tak sedar lame rupenye saya tak update blog. Bukan setakat tak update blog, aktiviti blog hopping pun tak berjalan sepanjang beberapa minggu ni. Malam ni baru qada' baca updates dari blog-blog favourite saya. Nak kata saya busy memang takla. Kerja memang bertimbun tapi saya macam biasa relax je. Buat kerja slow-slow ikut mood,heheeh. Or maybe disebabkan ade masalah-masalah penting yang terpaksa saya selesaikan sepanjang minggu lepas so internet dh tak menjadi priority saya lagi,hahahah..Nampak sangat cepat je iman saya tergugat dek bende lain kn. Tapi dh EMERGENCY CASE kn, nk buat cmne...Hahahah, macam doktor plak. OVER!
Walau apepun, masalah dh selesai walaupun ada hati yang terluka. Eh, saya bukan seorang kaunselor ye. Saya cuma seorang cikgu. Tapi macam biasa saya ni suka mengambil tahu hal orang, masalah orang lain dh umpama masalah saya sendiri. Jadi bila orang yang bermasalah tu sakit hati, saya pun tertempias la sakit hati plak. Tapi sakit hati tak boleh dilayan sangat, kalo dilayan makin menjadi nnti. Jalan penyelesaiannya, maafkan dan terima dengan hati terbuka.
Ish, melalut betul. Pusing-pusing macam karipap pusing,hehehe.
Okay. Berbalik kepada cerita diri saya sendiri, semalam ade kenduri kesyukuran dan doa selamat kat rumah saya. Macam biasa rumah dipenuhi dengan keluarga tersayang. Alhamdulillah everything went well walaupun hujan lebat malam tadi. Alamak tetibe sayu plak hati saya ni. 29 April ni abang saya akan berlepas ke LEBANON atas Misi PBB. Haishhhh.. Semoga Along dilindungi sepanjang disana. Gerun jugak saya dengar cerita-cerita pasal Lebanon ni. Katenye masih belum tenang dan selamat keadaan di sana. Kalo saya la, memang saya dh tarik diri awal-awal dh. Tapi tu la, askar ni semangat die lain kot. Yang pasti, kami sekeluarga redha je, Along pergi pun bukan nk bersuka ria, berjuang menjaga keselamatan orang lain. Chewahhhh,hehehehe...
Yang pasti minggu ni saya duduk di rumah..Yeayyyyyyyy!!! Esok pergi sekolah macam biasa tapi lepas tu balik Seremban balik sebab Selasa sampai Jumaat saya kt Stadium Paroi. Ade sukan MSSSMNS. Say bab-bab sukan memang suka, Tapi bukan suka bersukan, suka bertugas masa sukan,heheeh.. So, seminggu la saya bercuti dari mengajar. Best tuuuu!!!!!...
Well, penat sangat la. Nak menaip pun tak mapu dh ni.
Tunggu je la entry lain kay.
till then
take off with love
illhamshiraz
p/s : "Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)
..hihihihi..tetibe nk jadi ilmiah plak kt sini. But i like this quote. Copy from a friend of mind. Sangat meaningful tu,heheheh.. Ceh, dalam hati ada taman plak,heheeheh..
p/s : Adek, we took care of Jumlan for u..hehe.. Me and Kak Bai sangat boring without U and Kak E tau...sob..sob..sob..
p/s : Rase gembira plak tgk traffic blog saya ni meriah sepanjang beberapa hari ni. Terima kasih ye awak-awak semua yang melawat blog saya ni. hehehee..
No comments:
Post a Comment