Saturday, July 31, 2010

I'm officially 25!

"Happy belated birthday. I got u a piece of silk material from Terengganu. I hope u like the pink color. It will be sweet on u :) "


Yes, yesterday was my birthday. I'm a year older than last year.

Thank you for all the warm wishes, the cake and the present. I really appreciated it and I loved.




To the people I loved,

Thank you for making my life an awesome one through out this 24 years of my life and thank you for making me happy every single day of my life.

I jost hope for a better year ahead. Ameen.

Wednesday, July 28, 2010

::::Alone::::

Salam

Lame betul tak mengupdate blog ni. Selalunya weekend aku mesti update, at least satu post baru, tapi weekend aritu aku betul-betul busy. Dengan program dekat sekolah, kenduri, tuition, macam-macam hal la. Sedar-sedar dah petang Ahad, dh nak kene kemas barang balik Gemas.

Balik sekolah, macam biasa la, keje memang banyak.Semua kerja yang bertangguh nk kene selesaikan. Dah tu setiap petang kene stay back tolong anak-anak murid tuk Robotic Competition esok. Memang biasa sangat la tu, dh nk bertanding baru nk berlatih.

Dalam pada kesibukan aku menyiapkan semua kerja-kerja aku ni, tetiba aku rasa tersangat sunyi. I felt alone. I had no one. But luckily kerja yang banyak ni dapat membuatkan aku lupa sekejap perasaan-perasaan ni. Thank you for that.

Owh ye, status fb pun aku buat ~~Alone~~ Tapi tu tak bermaksud aku bersedih. Aku okay je. Cume sekarang ni aku terasa sangat keseorangan sebab semua orang yang rapat ngan aku sangat busy minggu ni. Jadi aku sedikit diabaikan minggu ni,hehehe.. Lagi-lagi aku nk menyambut Jubli Perak aku Jumaat ni. Terasa gak wehhhh...hihihhi..


Okay. Dah la. Cukup la merepek tu. Nak sambung buat kerja kejap.



till then

take off with love
illhamshiraz


ps : "Sila abaikan entry sebelum ni. I don't need ur love"

ps : 25 ohhhhh 25...........

Friday, July 23, 2010


"To love or not to love"




Think Sha... think...............



till then

take off with love
illhamshiraz



Thursday, July 22, 2010

Merah menyala

I am looking forward for today...

But why?????

Firstly sebab arini gaji masuk.Yeayyy!!!

And secondly sebab.............. Yeayyyy!!...hahahahahah....

Sorry la, tak dapat nk share kt sini kenapa. Kang kalo aku cakap, orang kate aku gedik plak.

Takpe-takpe, keep it to myself,hihihihih..


********************************


Well, arini aku pakai baju batik yang memang sangat merah. Macam biasa la, ramai la yang menegur. Tapi yang paling kelakar bila students aku pun tegur.

"Teacher cantik la arini... teacher nampak berseri la arini.." macam-macam la yang dorg komen.

Paling tak boleh blah bila sorg student cina aku tegur " Eh, teacher, u pakai make up la..."

Cehhhhhhhh, Macam la selama ni aku tak make up pergi sekolah kan.

Tapi tetibe aku terpikir,

Ke blusher aku terlebey arini???????????? muahahahahhahaa...


Tuesday, July 20, 2010

PENAT!

Ya Allah, penatnye hari ni.

Serius aku rasa penat sangat. Dengan kelas yang berderet 8 waktu, aku tak sanggup okay.

Dari pukul 7.40 pagi tadi aku mengajar tanpa henti sampai la sekarang ni pukul 1.20. Macam-macam kelas aku masuk, dari kelas pandai sampai la kelas paling last sekali. Dengan perangai budak-budak yang bermacam-macam, memang menguji kesabaran aku.

Kalo ikut hati ngan penat,memang aku nk marah je. Tapi bila memikirkan yang bila marah aku jadi lagi penat, so aku diamkan je la. Tahun kedua aku mengajar ni aku dh jadi macam malas nk marah. Sebab marah tu satu aktiviti yang sangat memenatkan. Dahla aku memang sedia ada penat.


Tu satu hal la. Dahla dengan kelas banyak ari ni, pagi-pagi buta tadi dah ada orang bagi kerja plak kt aku. dahtu bising-bising suruh au buat arini jugak. Hello, aku 8 waktu okay arini. kalo aku goyang kaki je arini tak pe la, boleh la aku buat, ni aku nk makan pun tak sempat, ko nk pressure aku plak.


Memang buat aku sakit hati betul la. Ingat aku takde kerja laen ke???? aku ni dh la 26 waktu seminggu, dh maksimum dh tu, dengan relief lagi, kelas petang lagi, boleh tak paham yang aku ni pun banyak kerja, dengan mengajar kelas peksa lagi. Hissssssshhhhh..



GERAMMMMMMMMMM!!!!!!



Aku memang rasa geram betul la. Nape tak suruh orang lain je. Kan ramai lagi orang lain. Dah tu siap nk suruh aku stay back petang ni suruh aku buat kerja tu. banyak cantik. Eh, aku pun ade hal la nk kene settle kan. Kalo ko free, ko buat je la. Jangan la nk tunggu orang lain buat, aku rasa kalo ko buat dari minggu lepas dh siap dh agaknye. Ni tak, nak mengharap orang lain jugak.

Benci okay!


Kalo ikut timbang rasa and tanggung jawab, memang la aku nk buat, tapi dalam keadaan cmni, memang tak ah.


Aku nk buat tak tahu je. BOLEH TAKK???????


aku dh MALAS, dh PENAT.


Sila paham okay!


Take note please.

Sunday, July 18, 2010

Esok Isnin.


MALASSSSSSSSSS!!!!!!

Friday, July 16, 2010

:::::Hate That I Love U:::::

That's how much I love you
That's how much I need you
And I can't stand ya
Most everything you do make me wanna smile
Can I not like it for a while?

No, but you won't let me
You upset me, girl, and then you kiss my lips
All of a sudden I forget that I was upset
Can't remember what you did

But I hate it
You know exactly what to do
So that I can't stay mad at you
For too long, that's wrong

But, I hate it
You know exactly how to touch
So that I don't wanna fuss and fight no more
Said, I despise that I adore you

And I hate how much I love you, boy
I can't stand how much I need you
And I hate how much I love you, boy
But I just can't let you go
And I hate that I love you so

And you completely know the power that you have
The only one that makes me laugh
Sad and it's not fair how you take advantage of the fact
That I love you beyond the reason why
And it just ain't right

One of these days, maybe your magic won't affect me
And your kiss won't make me weak
But no one in this world knows me the way you know me
So you'll probably always have a spell on me, yay

That's how much I love you
That's how much I need you
That's how much I love you
That's how much I need you
And I hate that I love you so



p/s : Tetibe menjadi sangat emo plak bile dengar lagu ni. ..Haihhhhhhh....



--Batuk oh Batuk--

3 minggu lepas, salah sorg sepupu aku kawen. Maybe sebab cuaca yang panas and ditambah lagi dengan keenakan menikmati durian dalam kadar luar biasa masa weekend tu, so aku pun diserang demam, selesema, batuk dan sakit tekak. Pakej yang cukup lengkap.

Lama jugak la aku demam, dekat3, 4 ari baru okay. Selesema dalam seminggu lebey baru hilang. Yang tak tahannya ni, batuk ni still tak elok-elok lagi sampai sekarang. Aku dh naik rimas dah bila asyik batuk-batuk je.

Aku ni sebenarnya memang susah nk recover sikit kalo kene batuk ni. The last time aku batuk 3 bulan lebey baru hilang.So bila tengok keadaan aku sekarang ni, kalo tak diubat cepat-cepat and tak ambik precaution yang sepatutnya, aku yakin aku akan kena macam yang sebelum ni jugak. Tambah-tambah lagi, nak puasa ni. Gerun aku kalo batuk time puasa. Aku dah rasa dh dulu. Memang tersiksa giler. SUMPAH.

Jangan tak tau, masa tu dh berbotol-botol ubat batuk aku telan, dari yang hitam ke yang merah. Macam-macam rasa ubat batuk aku dh rasa. Doktor pun dh banyak doktor aku pergi. Dh siap X-Ray bagai sebab takut mana la tau kot-kot ade problem kat paru-paru. Madu lebah tu jangan cakap la, dah dekat sebotol aku telan. Masa tu ape je yang aku tak cube. Madu ngan limau, madu ngan kicap, macam-macam aku try. Tapi tak elok jugak.

Kalo nak diikutkan, batuk ni bukan la berjenis batuk yang berkahak ke ape. Cuma batuk kering. Tekak aku ni rasa gatal-gatal. Dulu doctor cakap aku kene jaga makan, sebab ada makanan yang aku tak boleh ambik. Memang betul pun kot, sebab after aku berpantang makan makanan yang doctor suruh avoid tu, alhamdulillah memang hilang batuk aku ni. Bayangkan la, masa aku pantang tu kebetulan bulan puasa pulak, so aku makan Quaker Oat je tuk sahur and masa berbuka pun makan sikit je, sebab macam-macam aku kena pantang. Tapi masa tu aku memang patuh giler, sebab nk elok punya pasal.heheheh..

Sekarang ni tambah pulak ngan kerja aku sebagai seorang cikgu,so paham-paham je la ,suara aku ni dikira aset paling penting sekali. Sekarang ni pun, masa mengajar, aku selalu stop-stop sebab batuk teruk. Agak susah la nak handle, kesian kt budak-budak. Tengah-tengah syok dengar aku bercakap, tetiba kene pause kejap.hehe.. Kalo nk marah budak pun tak feel, sebab tengah-tengah klimaks membebel kt budak, kene pause sekejap sebab nk batuk. Memang hilang terus feel nak membebal kt students,hihih..

And yes, doc ada cakap dulu, antara faktor yang buat batuk aku ni lambat hilang masa tu sebab aku mengajar guna kapur. Kapur tu ada habuk-habuk yang membantu menambah rate batuk aku tu. tapi memang aku setuju pun, macam sekarang ni bila mengajar memang aku batuk teruk, lagi-lagi kalo kt lab, sebab kt lab aku pakai kapur. Haiyaaaaaa.....

Memandangkan yang bulan Ramadhan pun tak lama lagi, aku tekad nk try berpantang macam dulu.

Ni antara list makanan yang aku kene avoid ;
  • Tinned/ Preserved food (Haiiih, baru je semalam aku beli satu plastik asam!!)
  • Cheese (banyak lagi dalam fridge tu..)
  • Burger ( minggu lepas je 2 kali aku makan Mcd,mmmmh...)
  • Hot Dog ( menu wajib kt rumah aku setiap weekend..)
  • White Bread (adoiiiii, matilah cmni.. Roti kan makanan ruji aku!)
  • Eggs (ha ni satu lagi...)
  • Banana (tak kesah pun sebab tak suka and tak makan pisang)
  • Pineapple (tak kesah pun!!)
  • Lobster (aku bukan orang kaya yang makan lobster ari-ari)
  • Prawns (Semalam baru lepas makan sambal udang Mak Yam..Heaven wehhh)
  • Chocolate (huhuhuhuhu............)
  • Yellow Coloured Soft drinks - Chrysanthemum, Sugar cane drinks ( Air tebu Gemas, aku akan merinduimuuuuuu!!!!)

Basically tu yang aku akan pantang makan dalam beberapa minggu ni. Kalo tengok balik, most of the foods memang makanan favourite aku. Adooooooiii, terpaksa la aku makan oat ngan susu je pasni. Sila beli susu HL banyak-banyak ye. Tapi takpe, tuk kesihatan diri sendiri, aku sanggup.hehehe.


So mari sama-sama berpantang. And dengan harapan dapat la kuruskan badan sekali,hihihihhi..


Wish me luck!

till then

take off with love
illahmshiraz


p/s : Actually aku tulis ni sebagai notes tuk diri sendiri. So that next time aku kene batuk cmni takdela aku kelam kabut cari notes yang doctor bagi kt aku dulu tu,hihihihihhi...

p/s : owh ye, kalo ade sape2 yg ade petua nk hilangkan batuk boleh jugak share ngan aku.

Wednesday, July 14, 2010

'SINGLE'

Okay. Sekarang ni aku sangat selesa dengan status 'SINGLE' yang aku ade ni. Aku tak payah nk susah-susah pikir pasal orang laen, tak payah susah-susah nk jaga hati orang laen, sebab aku cume jaga diri aku sendiri je. After years being in a complicated relationship, i felt blessed being a single again.

Tapi aku mengaku la semua tu bukan senang beb. Susah jugak la nk adapt dengan persekitaran baru. Luckily i had cousins and friends by my side.

Tapi baru je aku nk membiasakan diri dengan keadaan 'SINGLE' ni, datang plak satu masalah baru.

There's this one guy. Aku tak salahkan die. Aku hormat keputusan die. Tapi bile die melibatkan orang lain dalam hal peribadi die yang dalam masa sama melibatkan aku, aku jadi marah okay. Memang aku kawan baik ngan die sebelum ni. Aku tak nafikan die memang banyak tolong aku, Die dh banyak giler tolong coverkan aku,memang tak terbalas la ape yang die dh buat tu. Tapi ape yang die buat sekarang memang au tak boleh terima. Aku tak paham kenapa die kene bgtau orang lain pasal hal kitorg ni. Aku tak kesah kalo die bgtau orang yang rapat ngan aku sebab nk tanye pendapat. Tapi kenapa kene cerita dkt orang lain yang takde kene mengena ngan aku.


So sekarang ni, aku yang malu. Aku yang nk kene hadap semua bende ni. Die???????


Ntahla, lelaki ni asyik nk menyusahkan orang je. Tak pernah la ade yang nk menyenangkan hidup aku. Sorang mcmni, sorg lg macam tu. macam-macam hal. Tak boleh tolerate betul aku la.


Aku tak marah ko nk suke aku. Aku pun respect jugak sebab ko berani terus terang. Tapi yang nk kene cerita kt orang laen tu ape kesss??? Ko kan lelaki, ko settle la masalah ko sendiri. Yang ko nk pegi tanya-tanya pendapat orang lain tu ape hal??? Ape nasihat yang ko dapat?? Cube cakap sikit. Berkesan ke nasihat-nasihat orang lain tu kt ko??? ko nampak ke aku ni dh berubah hati?? TAK PUN KANN!!!!


So pengajaran hari ini. Tak perlu la nk nasihat-nasihat orang okay. Ko lelaki, so ko settle la masalah ko sendiri.


Yang penting, aku memang agak marah sekarang and jangan sampai aku meluat kt ko sudah la. Kalo dh tahap tu, memang tak dapat tolong la. MAAF YE!

Tuesday, July 13, 2010

salam.

Ceh tetibe nk jadi cm ilmiah plak.

Well, dua entry sebelum ni macam emosional plak,hahaha.. ye aku tau, tak payah nk gelak ke ape, aku memang kadang-kadang teremosi lebey.

Tapi sekarang ni aku dh okay dh. Takde emosi-emosi tu semua. Betul la kan, takde gunanya nk emosi semua tu, sebab last-last aku jugak yang serabut sorang-sorang. So sekarang ni aku nk enjoy life aku, ikut je flow yang dh ade sekarang ni. Kalo dh ditakdirkan aku nk kawen besok, aku kawen jugak kan,hihihih. Jadi dengan ni aku istiharkan yang aku sekarang ni ikut basis "Sape cepat die dapat" Hahahahah, PUAKA aku tau..hehehe.

Dah la tutup la cerita-cerita peribadi yang tak berapa nk menarik and tak berapa nk paham tu.


Owh, semalam aku ngan Fari g tengok Eclipse. Yeayyyyy!!! At last dapat gak tengok,hehe. Macam biasa la, pukul 1 tengah-tengah mengajar baru teringat nk ajak Fari g tengok Eclipse. Rupenye Fari ada klas plak petang semalam. Abis kelas dalam pukul 3.30 baru la kitorg decide nk pegi. Sampai Melaka around pukul 5.30. Melaka memang amat menyampahkan, traffic light banyak and jam merata tempat. Meluat!

Beli tiket pukul 7.30 and couple seat okay! Tapi worth it.

The best dari segi percintaan, tapi action sangat kurang.

Aku jatuh cinta giler ngan Edward Cullen okay! Part favourite aku masa Jacob kiss Bella and masa Jacob peluk Bella. Edward cool giler okayyyy! Sukanya lelaki cmtu..Chewahhhhh,hahahaha..


Aku tetap Edward team! So sila jangan promote Jacob ngan aku.

Abis je wayang, Fari dh sound aku. "Cinta tiga segi la Sha. Patut la ko feeling semacam je tadi"

Hahahahaha. "No komen la Fari oiiii, We'll see. The best guy will win kan"

Okay aku memang sangat over. Aku takde la feeling mane pun. Biasa je

Tu je cerita tuk arini. Aku nk sambung buat kerja.


Till then

take off with love
illhamshiraz

Saturday, July 10, 2010

Emosi okay!

Mmmmh, susahnya nk buat keputusan. Kadang-kadang kita rasa ape yg kita buat tu memang betul. Tapi betul ke keputusan yang kita ambik tu??

Bila perkara-perkara yang melibatkan hati dan perasaan ni, aku memang kalah. Aku ni jenis ikut emosi sikit. Aku rasa akal dan minda aku kurang berfungsi la bila part-part cmni. Dan kadang-kadang bila bagi nasihat pun aku rasa aku ni lebih kepada emosi, bukan mengikut kewarasan akal fikiran.

So percayalah aku ni bukan Dr Love yang boleh memberi macam-macam nasihat kepada orang-orang yang bercinta. Sebab aku sendiri pun ada masalah yang tak pernah berjaya aku selesaikan walaupun dh bertahun-tahun. Aku sendiri pun kurang faham apa masalah aku ni. Nak kata masalah besar, aku rasa tak pulak. Tapi bende ni macam tak settle jugak sampai sekarang. Aku pun dh malas nk fikir.

Owhhhh.. Tu mmg selalu aku cakap. Aku MALAS nk fikir. Aku nk ikut je flow. Tapi sampai bila?? Flow mana yang aku nk ikut pun aku tak tau..

Aku selalu cakap kat orang lain "Aku paham ape yang ko rasa. Kalo aku pun aku buat cmtu"

Okay, tu kadang-kadang aku tipu. Tu semua jawapan dari emosi aku, bukan jawapan dari akal fikiran aku yang waras. Tapi kalo letakkan aku kt situasi tu, macam aku cakap tadi, emosi aku mesti menang. Mesti aku ikut cakap emosi, bukan akal fikiran. Ye akal fikiran, ko memang selalu kalah. Sangat kalah.

Tapi keputusan yang salah tu la selalu aku nk ikut. Aku dh tau bende tu salah, tapi aku nk jugak buat. Sampai kadang-kadang aku rasa betapa bodohnye aku sebab terlalu mengikut emosi aku. Tapi aku rasa tu memang lumrah manusia kot. Lumrah seorang perempuan. Sebab itu la Allah mengurniakan kaum Hawa dengan satu sahaja akal, tetapi ade sembilan nafsu.



Okay, cukup-cukup la emo tu..


Masa menaip perenggan yang kat atas tu saya memang tengah emo. Macam biasa la, semua sebab terlampau mengikut emosi. Tapi kejap je emosi tu dapat menguasai saya sebab akal saya dh kembali boleh berfikir dengan waras.

Sebab ape akal boleh menang pulak ni???

Saya rasa kan sebab tu la Allah mengurniakan plak kaum Adam dengan sembilan akal dan satu nafsu. Sebab mereka diciptakan untuk memimpin kaum Hawa yang terlebih nafsu emosi ni,hehehe.. Sapa yang paham boleh la angkat tangan. Kalo malu nk angkat tangan, kalo korang tersenyum masa membaca ni, sah-sah la kamu tu paham apa yang aku dok merapu ni.

Kalo tak paham jugak, takpe jangan risau tak penting pun sampai masuk exam ke ape. Cukup la kalo sekadar korang paham yang perempuan ni memang penuh dengan emosi.

Conclusion utk hari ini. Perempuan memang selalu ikut emosi bila buat keputusan,hehehehe.

Pengajaran untk kaum Adam pulak. Sila paham yang gf/tunang/wife korang tu memang selalu buat keputusan mengikut emosi, so jangan la cepat melenting ke ape. Tolong la paham yang kami ni memang begini.


Sekian. Cukup la karutan tuk malam ni

Nak sambung tgk drama. Aku kan minah drama,hihihihi..


till then

take off with love
illhamshiraz

Friday, July 9, 2010

Tembak Menembak

Adoiiiii... Bahu ku sakit. Pinggang pun sakit. Ni semua gara2 sebab pergi join menembak semalam.

Btw, it was fun. Seriusly. Everyone should try menembak at least once in their lifetime. Memang best. Tapi kalo tak kene cara mmg sakit badan wehh.

Actually, aku malas nk join, tapi sebab nk tunjuk sifat seorang cikgu yang berdedikasi, aku join gak la aktiviti menembak bile dorg buat pertandingan menembak tuk guru-guru pengiring n staf.

Masa pelarasan, sorg kawan aku ni dh siap2 adjust senapang aku tu bg "L". Tu istilah dorg la, atau kate mudah jarak paling jauh bley kite tembak. So mase pelarasan tu, berjaya gak la aku hit satu piring. Bangga weh. First try dh kene target, bukan dekat2 target tu, nun jauh di sana. Lupe plak nk tanye bape jauh target tu.hehheheh

Tapi masa pertandingan, nasib aku mmg tak baik. Satu group ade 5 org, dalam group aku je ade 4 cikgu, sorg je Mejar. Memang kirim salam je la kalo nk menang. Group lain tu, berlambak Jurulatih, memang dorg sapu bersih la.

Macam aku cakap tadi, masa pertandingan aku lupe nk adjust bg "L". Pastu aku punye pengasuh tu bagi guide salah. Tu yg menghasilkan sakit2 kt badan ni. Memang satu piring pun tak jatuh. Takpela it's okay. suka-suka je but it was a good try actually,hehehe.

Tapi ape yang aku nampak, perkhemahan ni tak berapa strict, lagi2 unit aku. And aku mmg respect gak la staf2 yang iring kitaorg. Takde yang gatal2 and denda2 budak. Especially Kapten yang handle kitorg tu. Memang cool habis, relax je die. Tgk unit lain, asyik mendenda budak je. Bukan denda sebab ape pun, sebab suke-suke. Memang tak patut plak aku rase.

Tapi biase la, stafnye sumer laki, yg student2 prempuan ni macam biasa la, gedik2 macam puaka. Meluat aku tgk. Student aku ade gak yg gedik2 puaka tu, tapi aku kan style diam je, tapi sekali aku marah, mmg terus terdiam gak la dorg, ngan staf2 tu skali terdiam, ambik ko, menggatal lagi.

Ape pun, aku mmg suke kerja2 cmni. Kerja2 iring mengiring budak ni. Best la jugak. Dapat experience baru. So, next year tak tau la lagi dapat join ke tak kan. Kalo aku pindah, memang tak la kan,heehehe..


Gambar memang takde, sebab aku tak bawak langsung camera. Kitorg mmg dh diberi advice awal2 supaya tak membawa barang2 berharga sebab mmg ade potensi nk dicuri. Even duit pun aku bawak 5o ringgit je. Kalo ade gambar2 dr ckgu2 laen nnti aku upload kan ye.

Okayla. nk tido. Gud night

till then

take off with love
illhamshiraz

Tuesday, July 6, 2010

penat!!!!!

Okay.

Sangat nk update tapi macam sangat busy..cehhh,perasann!!!

Well, last week ade wedding my cousin, so mmg sah2 la busy, walaupun i cuma bz bergosip n bergambar je,hihihih..

Then, terus sambung cuti sebab demam teruk sampai tak dapat nk bangun hari Isnin tu. Tapi gagahkan diri jugak pegi Imigresen sebab nk buat pasport. Demam dalam 2,3 hari baru okay. Tapi batuk n selsema sampai sekarang ada lagi. Stresss woooo. Ni semua sebab makan durian kot. Mungkin la.

Then weekend lepas sebok bergembira dengan sepupu-sepupu ku and pergi Majlis Bertandang kt belah lelaki. '

Hari Isnin(semalam) plak terus cek in kt Port Dickson. Jadi jaga budak2 PKBM yang join Perkhemahan Negeri. Haishhhhh.

And hari ni satu hari menetap kt SMTPD sebab kene jadi Hakim Solac Car tuk Karnival Sains Negeri Sembilan.

Mmmmmmmmmmmmhh.. Penat okayyyy!!! Kalo boleh rase nk cuti je. Nak sangat2 pergi cuti kt tepi laut.. DATAI miss u la,heheheh


Okayla, my mom dh bising suruh balik PD. Die kate drive malam2 bahaya. So, taknak gaduh2, i better siap sekarang.


Daaaaaaaaaaaaaa

till then

take off with love
illhamshiraz